IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

pergertian..

tit-pengertian.jpg (16382 bytes)
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
arti_sirih.jpg (2429 bytes)
Dimengertikan sifatnya yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon sirih di atas junjung atau pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak merosakkan junjung itu.


arti_kapur.jpg (2486 bytes)
Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah. Walaupun kapur ini diperolehi hasil prosesan cengkerang kerang atau batu kapur, ianya berwarna putih bersih, tetapi tindakbalasnya boleh melecurkan.


arti_gambir.jpg (2780 bytes)
Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati. Warna daun gambir yang kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan untuk mendapatkan sarinya sebelum boleh dimakan bersama sirih.


arti_pinang.jpg (2685 bytes)
Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan.


arti_tembakau.jpg (3323 bytes)
Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini kerana daun tembakau itu sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila ianya telah dihiris halus sebagai tembakau serta tahan lama untuk disimpan.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "pergertian.."

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top