Kerjaya dan Penyusuan Susu Ibu



Wanita, Kerja dan Penyusuan Susu Ibu: Faedah Untuk Semua!
Faedah untuk bayi
  • Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi empat hingga enam bulan pertama. Ia juga terus menyumbang kepada pertumbuhan kesihatan dan emosi bayi selepas dua tahun dan seterusnya.
  • Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai imunisasi sistem yang lebih kuat dan lebih sihat daripada bayi yang diberi minum susu formula.
  • Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu boleh menyelamatkan lebih 1 juta bayi yang meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit diarea dan jangkitan pernafasan.
Panduan Menyusukan Anak Bagi Ibu Yang Bekerja
Faedah untuk wanita
  • Penyusuan susu ibu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu kerana mereka mampu menyediakan penjagaan anak yang berkualiti.
  • Penyusuan susu ibu juga merapatkan lagi hubungan kemesraan di antara ibu dan anak. Ini penting untuk wanita yang bekerja dan perlu berjauhan dengan bayi.
  • Risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah daripada kalangan wanita yang menyusukan anak. Mereka juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis.
  • Penyusuan susu ibu membantu ibu lebih cepat mendapat bentuk badan yang asal.
Faedah untuk keluarga
  • Penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kehamilan. Jarak melahirkan anak adalah penting untuk sesetengah wanita terutama yang tidak boleh mengamalkan perancang keluarga .
  • Penyusuan susu ibu boleh menjimatkan perbelanjaan dan masa berbanding wang yang dibelanjakan untuk penyusuan botol dan rawatan penyakit yang disebabkan susu botol.
Faedah untuk majikan
  • Majikan yang menyokong pekerjanya menjalankan tanggungjawab keluarga sambil mengimbangi tugas di tempat kerja boleh mengurangkan masalah pekerja ambil cuti, pemberhentian pekerja dan meningkatkan produktiviti serta imej organisasi.
  • Syarikat yang memperkenalkan tempat kerja mesra keluarga dianggap sebagai majikan yang progresif dan menyokong pembentukan keluarga harmoni.
Faedah alam sekitar
  • Penyusuan susu ibu tidak mencemarkan alam sekitar.
  • Memandangkan lebih ramai wanita bekerja memilih untuk menyusukan anak, majikan perlu sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan di tempat kerja. Manakala pengeluar makanan pula perlu prihatin dengan kesan toksid racun serangga.
Faedah Ekonomi
  • Sektor kesihatan dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu memberi susu formula dan botol susu. Secara tidak langsung dapat menjimatkan wang kerana bayi yang diberi susu ibu lebih sihat dan tidak begitu kerap mendapat rawatan doktor.
  • Negara pula dapat menjimatkan mata wang kerana tidak perlu import susu formula.
Tips untuk mengimbangi penyusuan susu ibu dan kerjaya
  • Ambil cuti yang lebih panjang selepas bersalin.
  • Lebihkan makanan dan minuman untuk kekal sihat. Pemakanan perlu seimbang dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, kabohidrat dan minum air.
  • Pastikan penyusuan susu ibu benar-benar dapat anda lakukan dengan betul sebelum balik bekerja.
  • Jika berpisah dengan bayi dalam tempoh beberapa jam, perah susu ibu beberapa kali dalam sehari. Minta penjaga memberi susu ibu kepada bayi di dalam cawan. Botol susu hanya boleh mengurangkan minat bayi kepada penyusuan susu ibu.
  • Pastikan penjaga bayi adalah mereka yang benar-benar memahami dan menyokong penyusuan susu ibu.
  • Berlatih memerah susu ibu sebelum kembali bekerja. Memerah susu ibu dengan tangan lebih mudah dan selesa untuk semua wanita. Perahan susu ibu boleh disimpan dalam suhu bilik selama 10 atau lebih walaupun dalam negara tropika. Simpan di tempat sejuk boleh tahan lebih lama.
  • Duduk di atas kerusi yang selesa atau baring semasa menyusui anak, sekaligus anda boleh berehat.
  • Jika anda berpisah dengan bayi pada waktu siang, susui bayi anda lebih kerap pada waktu malam. Lebih mudah jika bayi tidur dengan anda.
  • Tubuh sebuah kumpulan sokongan wanita yang menyusui anak mereka atau mengambil bahagian dalam kumpulan seumpama ini.
  • Jarakkan kehamilan seterusnya sehingga anda bersedia untuk menyusui seorang anak lagi.
Mewujudkan tempat kerja mesra ibu
Tempat kerja 'mesra ibu' sangat penting untuk menggalak penyusuan susu ibu. Sedihnya, hanya segelintir wanita yang bertuah mendapat tempat kerja mesra ibu walaupun mereka dalam bidang yang berbeza. Setiap tempat kerja mempunyai sumber yang unik dan terhad . Bagaimanapun, ia masih dapat menyokong penyusuan susu ibu dengan cara tersendiri. Ada tiga keperluan yang boleh memastikan ibu, sma ada bekerja secara formal atau tidak terus menyusukan anak. Keperluan itu ialah:-1. Masa, 2. Tempat,3. Sokongan.
Majikan boleh menyediakan tiga keperluan ini jika mereka mempunyai keazaman yang kuat.
MASA
  • 1. Beri sekurang-kurang empat bulan cuti bersalin (lebih ideal enam bulan). Tawarkan pilihan cuti bersalin dengan separuh gaji.
  • 2. Tawar waktu kerja fleksibel kepada ibu yang menyusui anak mereka seperti bekerja secara sambilan, waktu makan tengahari lebih panjang dan berkongsi tugas.
  • 3. Beri waktu pelepasan untuk penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sejam sehari.
TEMPAT
  • 1. Sokong penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di premis pejabat atau berdekatan tempat kerja. Sediakan pengangkutan untuk membawa ibu ke tempat asuhan kanak-kanak. Untuk tempat kerja di luar bandar, bolehlah gunakan pusat asuhan bergerak.
  • 2. Sediakan bilik yang selesa, lengkap kemudahan untuk memerah dan menyimpan susu ibu.
  • 3. Sentiasa menjaga persekitaran tempat kerja supaya bersih dan selamat daripada bahan buangan berbahaya dan berkimia.
SOKONGAN
  • 1. Maklumkan kepada pekerja wanita dan kesatuan sekerja mengenai faedah untuk wanita melahirkan anak dan sediakan maklumat sokongan untuk kesihatan wanita.
  • 2. Galak pekerja dan pihak pengurusan berfikiran positif mengenai penyusuan susu ibu di tempat awam.
  • 3. Galak penubuhan rangkaian sokongan ibu dalam kesatuan sekerja atau kumpulan pekerja untuk membantu wanita menyusu dan terus bekerja.
Apa yang perlu anda lakukan untuk mengalak penyusuan susu ibu di tempat kerja?
  • Wanita bekerjaya
    • Ketengahkan isu penyusuan susu ibu kepada kesatuan sekerja, kumpulan wanita atau organisasi kemasyarakatan.
    • Tubuhkan kumpulan sokongan ibu di tempat kerja untuk bertukar-tukar maklumat mengenai teknik penyusuan susu ibu dan pengurusannya atau sertai kumpulan sedia ada.
    • Wanita bekerja sendiri boleh membuka pusat asuhan kanak-kanak.
  • Majikan
    • Ikut cadangan yang diberi dalam bahagian 'Mewujudkan Tempat Kerja Mesra Ibu'.
    • Pertimbangkan faedah baik buruk cara penyelesaian kepada penjagaan bayi dengan kos.
  • Kesatuan sekerja dan kumpulan pekerja
    • Bangunkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja
    • Pastikan semua kakitangan pusat asuhan kanak-kanak itu diberi sokongan dan pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu.
    • Buat gesaan mewujudkan tempat kerja yang bersih dan bebas daripada pencemaran seperti bahan kimia dan radiasi terutama kepada ibu yang menyusu anak.
    • Lobi cuti bersalin yang mencukupi, waktu pelepasan untuk memerah susu ibu dan program kekeluargaan termasuk pendidikan pra-natal mengenai penyusuan susu ibu.
    • Beri contoh bahawa tempat kerja mesra ibu berfaedah untuk wanita dan semua pekerja.
    • Wujudkan rangkaian dengan persekutuan sekerja antarabangsa dan organisasi yang menyokong penyusuan susu ibu.
  • Pengamal Perubatan
    • Beri maklumat kepada wanita mengenai kebaikan memberi bayi susu ibu secara eksklusif dan bahaya bayi hisap susu botol.
    • Beri nasihat mengenai mengimbangi penyusuan susu ibu dan kerjaya kepada wanita.
    • Pastikan semua hospital dan klinik adalah tempat kerja mesra ibu.
    • Sediakan kaedah perancang keluarga yang menyokong penyusuan susu ibu.
    • Beri kesedaran kepada ibu bekerjaya bahawa mereka masih dapat terus memberi susu ibu tanpa perlu menggunakan produk komersial.
  • Kumpulan masyarakat dan alam sekitar
    • Tingkatkan kesedaran orang ramai bahawa penyusuan susu ibu adalah mesra alam berbanding penyusuan botol.
    • Gunakan kempen Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia untuk menarik perhatian media mengenai isu ini.
    • Dapatkan kerjasama selebriti untuk kempen penyusuan susu ibu dan kerja amal.
    • Sediakan siaran akhbar dan maklumat mengenai masalah wanita bekerja dan penyusuan susu ibu untuk media terutama majalah wanita.
    • Anjur pertandingan melukis atau menulis untuk tujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyusuan susu ibu.
  • Pembuat dasar dan kumpulan wanita
    • Lobi kerajaan untuk penubuhan taska di tempat kerja dan terus mendapat gaji dalam tempoh cuti bersalin.
    • Kenalpasti sama ada undang-undang materniti dilaksanakan dan merangkumi semua sektor pekerja wanita.
    • Di negara yang tidak mempunyai undang-undang materniti, lobi kerajaan untuk melaksanakannya mengikut cadangan dalam konvensyen ILO
    • Masukkan hak penyusuan susu ibu dalam kempen hak asasi manusia, persamaan hak gender dan kanak-kanak.

Ulasan



Catatan Popular