kesiannyer...


CHAI LIM yang dilahirkan tanpa hidung dan mata dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam bagi menerima penjagaan dan rawatan rapi.




IPOH - Dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut yang tidak sempurna
manakala kaki dan tangan pula mengalami kecacatan.
Itulah nasib Lee Chai Lim, bayi lelaki berusia tiga minggu yang sejak 
8 April lalu ditempatkan di sebuah rumah perlindungan, Pertubuhan 
Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh (PKKC) di sini.
Chai Lim yang dilahirkan di Hospital Taiping pada 28 Mac 
lalu merupakan anak pertama sepasang suami isteri yang berasal 
dari bandar berkenaan.
Apa yang pasti, kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, 
Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Perak,
Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak,
Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher ke pusat kebajikan 
terbabit semalam membawa harapan baru kepada bayi malang itu.

Ulasan



Catatan Popular