masalah angin dlm perut

MASALAH angin bagi kebanyakan individu mungkin
 tidak menjadi satu masalahkesihatan yang luar biasa,
 berlainan keadaan individu lain yang 
sentiasa bimbang dan risau.

Ada kalanya kebimbangan ini menyebabkan seseorang 
berasa tidak selesa atau malu terutamanya apabila berada 
di majlis-majlis tertentu kerana ia mengganggu aktiviti
seharian.

Kemungkinan gejala yang dialami antara 
seorang individu
 dengan individu
serupa, tetapi puncasebenar masalah itu
 terjadi adalah berbeza.

Walaupun keadaan ini tidak mengakibatkan 
kematian, namun mereka yang
menghadapinya berasa
tidak selesa dan berusaha untuk mengatasinya.

Pakar Perunding Gastroenterologi,
 Fakulti Perubatan Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia
(HUKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin 
Ahmad menjelaskan, dalam keadaan normal
gas atau angin
sememangnya terdapat dalam saluran 
gastrousus seperti esofagus, perut, usus
kecil dan usus besar.

Beliau memberitahu, kebanyakan individu 
menghasilkan antara satu hingga
tiga pain angin sehari dan
mengeluarkannya semula dengan anggaran
 14 kali dalam sehari.

Menurutnya, terdapat bakteria dalam 
usus yang membantu menghasil dan
mengurangkan angin.

"Hubungan rapat antara dua kumpulan 
bakteria inilah yang menentukan jumlah
angin yang terdapat
dalam saluran gastrousus seseorang individu,'' katanya.

Cara bakteria ini mengurangkan gas 
ialah dengan meresapkan gas hidrogen di
dalam usus.

Beliau memberitahu, angin dalam perut 
yang dihidapi kebanyakan individu
berpunca daripada dua
sumber utama iaitu:

* Udara yang ditelan iaitu apabila
 seseorang dalam keadaan tertekan atau
stress akan lebih kerap
menelan udara tanpa disedari.

* Proses penghancuran makanan oleh
 bakteria di dalam usus besar pada
makanan yang tidak
dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari
 seperti karbon dioksida, oksigen,
nitrogen dan ada
kalanya methane.

AEROFAGIA (menelan udara)

Aerofagia atau menelan udara merupakan
 punca utama bagi masalah angin
berada dalam perut.

Semasa makan dan minum, setiap individu 
pasti menelan sedikit udara.

Selain itu tabiat makan atau minum dengan
 cepat, mengunyah gula-gula getah,
merokok dan gigi
palsu yang longgar boleh menyebabkan
 seseorang menelan lebih banyak udara.

Bagaimanapun kebanyakan individu 
mengeluarkan udara yang terdapat dalam
perut ini melalui
sendawa (burping) dan belching. Sebahagian 
besar daripada udara yang
ditelan mengandungi
oksigen, nitrogen dan karbon dioksida.

Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak 
ke usus kecil dan sebahagiannya
akan diserap, manakala
setengahnya pula bergerak ke usus besar 
dan dikeluarkan melalui rektum
sebagai kentut.

PENGHANCURAN MAKANAN OLEH BAKTERIA

Sesetengah karbohidrat seperti gula, kanji
dan serat dalam usus kecil tidak
dapat menyerap atau
menghadamnya kerana kekurangan atau tiada 
enzim tertentu.

Makanan yang tidak dihadam ini bergerak dari
 usus kecil masuk ke dalam usus
besar di mana
bakteria akan menghancurkan makanan tersebut.

Makanan-makanan ini akan mengeluarkan gas hidrogen, 
karbon dioksida di
samping menghasilkan
gas methane.

Bagaimanapun kesemua gas ini akan 
dikeluarkan melalui rektum.

GEJALA

Walaupun hanya sebahagian individu yang 
mengalami masalah ini, penyakit
angin gejala gas yang
kerap dialami ialah dalam bentuk:

1. Sendawa
2. Kentut
3. Kembung perut atau abdomen
4. Sakit abdomen (perut)

SENDAWA

Apabila perut penuh dengan makanan, gas
 akan dikeluarkan melalui sendawa
yang kadangkala
berlaku semasa atau selepas makan.

Bagaimanapun mereka yang kerap sendawa
biasanya banyak menelan udara dan
mengeluarkannya
sebelum ia sempat masuk ke dalam perut.

Kebanyakan individu yang sendawa biasanya 
mengalami masalah saluran
gastrousus bahagian atas
seperti ulser peptik, penyakit esofagitis dan gastritis.

Dua sindrom kronik yang jarang berlaku, 
tetapi berkaitan dengan sendawa
kronik ialah :

* Sindrom meganblas

Keadaan ini menyebabkan gejala sendawa yang 
kronik kerana terlalu banyak
menelan udara. Ini
kerana tabiat makan yang banyak menyebabkan
terhasilnya gelembung udara.

Kesannya seseorang akan berasa kembung dan
 rasa penuh pada perut serta
sukar untuk ber-nafas.

* Sindrom kembung angin

Keadaan ini boleh berlaku selepas pembedahan 
penyakit esofagitis refluks.

Pembedahan yang dilaku menyebabkan injap 
sehala berlaku di antara perut dan
esofagus.

Ini menyebabkan angin memasuki perut, 
tetapi menghalang sendawa yang normal
dan rasa ingin
muntah.

KENTUT

Gejala yang paling kerap berlaku ialah
 pengeluaran angin yang terlalu
banyak melalui dubur.

Pengeluaran angin yang terlalu banyak ini
 disebabkan karbohidrat tidak
dapat diserap atau aktiviti
bakteria di kolon.

Bagaimanapun pengeluaran angin melalui
dubur berlaku antara 14 hingga 23
kali sehari masih
dianggap normal.

KEMBUNG PERUT

Ramai beranggapan kembung perut disebabkan 
terlalu banyak angin di dalam
perut. Sebaliknya
mereka yang mengalami gejala ini 
biasanya mempunyai kandungan dan
penyebaran angin yang
normal.

Kebanyakan pakar perubatan mempercayai,
 kembung perut biasanya disebabkan
gangguan
perjalanan usus yang dikenali sebagai 
sindrom rengsa usus (irritable bowel
syndrome).

Gangguan perjalanan usus dicirikan dengan
 keadaan di mana pergerakan dan
pengecutan otot usus
terganggu.

Sehubungan itu, kehadiran angin dalam 
usus menyebabkan ia menjadi terlalu
sensitif kerana keadaan
ini sering disalahtafsirkan sebagai kembung perut.

Selain itu keadaan atau penyakit yang
 menyebabkan penyumbatan usus seperti
penyakit Crohn's
atau kanser kolon boleh menyebabkan
 kembung pada abdomen.

Pesakit yang terlalu banyak menjalani
 pembedahan, parut pada tisu dalam
abdomen boleh
menimbulkan gejala kembung dan kesakitan. Mereka
 yang makan makanan yang
mengandungi
banyak lemak akan melambatkan proses pengosongan
 perut dan menyebabkan
perut rasa kembung.

Bagaimanapun, ketidakselesaan yang dialami
 oleh pesakit tidak semestinya
kerana terlalu banyak
angin.

SAKIT ABDOMEN (perut)

Pesakit mengalami rasa ketidakselesaan apabila
 angin berkumpul dalam usus.

Pengumpulan angin pada bahagian kiri abdomen
 menyerupai serangan sakit
jantung.

Sebaliknya, sekiranya angin berkumpul pada
 bahagian kanan, kesakitan yang
dirasai seolah-olah
penyakit batu hempedu atau apendisitis.

RAWATAN

* Menukar jenis pemakanan
* Makan ubat
* Kurangkan menelan udara

a. Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada
 makanan berbeza antara seorang
dengan seorang yang
lain.

Pesakit perlu memastikan jenis makanan 
khusus yang menyebabkan berlakunya
masalah angin ini
melalui pengalaman yang dilalui.

Sekiranya makanan tersebut telah dapat
 dikenalpasti, hindarkan makanan
tersebut.

b. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone 
dan activated charcoal yang boleh
didapati di
farmasi-farmasi dapat membantu 
mengurangkan masalah angin ini.

Selain itu, enzim penghadaman seperti 
laktase membantu menghadamkan
karbohidrat di samping
membolehkan seseorang makan makanan yang 
biasanya menghasilkan angin.

c. Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa 
yang kronik dinasihatkan supaya
kurang mengambil
gula-gula getah dan gula-gula.

Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan
 perlahan-lahan dan tidak banyak
bercakap semasa
makan.

Sekiranya pesakit memakai gigi palsu,
 dinasihatkan supaya berjumpa doktor
gigi untuk memastikan
dentur tersebut sesuai dipakai.

MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN

Makanan yang mengandungi gula raffinose, 
fruktos, laktos dan sorbitol
menghasilkan banyak angin.

* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang 
yang mengandungi banyak
gula kompleks,
manakala bunga kubis (cauliflower), 
kubis brussel (brussels sprouts),
asparagus, brokoli dan kubis.

* Laktos ialah gula semulajadi yang 
terdapat pada susu dan makanan yang
mengandungi susu seperti
keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. 
Ia juga banyak
digunakan sebagai
pemanis (sweetener) dalam minuman 
ringan dan jus buah-buahan.

* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada b
uah-buahan termasuk epal,
pir, pic dan prun. Ia
juga banyak digunakan sebagai pemanis 
dalam makanan untuk diet, gula-gula
dan gula getah.

* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung
 gandum di mana makanan
ini dihancurkan di
dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang 
tidak menghasilkan
angin.

* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar
 menjadi teksturmenyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat 
dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan
buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai 
ke usus besar dimana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan.
 Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahandan
 tidak banyak menghasilkan angin. 

Ulasan



Catatan Popular