sentuh dan pergi...ride,touch n go..

 korang kalu p kerja naik bas awamm yg ada touch n go bolehh la sertai peraduan nie..nak tau lebihh lanjut cer clikk kat pic di atas tue..

kat bawah ada syarat2 nak masuk peraduan nie..smoga berjaya yer..

 

 

Syarat Penyertaan

  • Peraduan “Ride, Touch ‘n  Win” dianjurkan oleh Touch ‘n Go Sdn. Bhd dan akan berlangsung mulai dari 20 Jun 2011 sehingga 20 September 2011.
  • Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Touch ‘n Go (warganegara Malaysia dan warganegara lain) kecuali kakitangan Touch ‘n Go Sdn. Bhd, ejen pengiklanan Touch ‘n Go, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd serta ahli keluarga mereka yang terdekat. Pendaftaran peraduan ini boleh dibuat melaui SMS atau melayari laman web www.touchngo.com.my/rtw. Caj RM0.50 akan dikenakan kepada peserta untuk setiap SMS.
  • Setiap peserta peraduan cuma boleh mendaftar dengan SATU (1) nombor siri kad Touch ‘n Go sahaja untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah.
  • Nama para pemenang akan diumumkan setiap minggu. Pemenang hadiah utama dan kedua dikehendaki mengambil hadiah mereka semasa majlis penyampaian hadiah di akhir tarikh peraduan. Nama para pemenang akan diumumkan di laman web, Facebook atau SMS setiap minggu dengan memaparkan nama dan nombor siri kad Touch ‘n Go.
  • Sekiranya pemenang tidak menghubungi pihak penganjur dalam masa 30 hari selepas nama pemenang diumumkan, peserta tersebut akan disingkirkan dan nama pemenang seterusnya akan diambil dari senarai simpanan. Jika berlaku keputusan ‘seri’, maka kriteria-kriteria lain akan diambil kira (bilangan transaksi menaiki bas dan nilai transaksi terakhir).
  • Hanya perjalanan bas yang lengkap akan diambil kira sebagai transaksi yang sah untuk penyertaan. Peserta yang tidak mematuhi syarat dan peraturan peraduan ini akan disingkirkan dan pemenang seterusnya dari senarai simpanan akan diambil. Hadiah tidak boleh ditukar dalam apa jua bentuk mahupun barangan lain ataupun wang tunai. Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah tersebut dengan hadiah sama nilainya pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.
  • Pihak penganjur berhak menukar syarat penyertaan peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis yang terdahulu.
  • Dengan menyertai peraduan ini,  peserta perlu   mematuhi  syarat-syarat dan peraturan peraduan. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju  untuk dihubungi oleh Touch ‘n Go untuk sebarang promosi / program di masa akan datang. Pihak penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar dan /atau sebarang maklumat lain yang berkenaan untuk tujuan pengiklanan dan promosi  tanpa memberi sebarang  notis atau pampasan kepada peserta.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab  jika berlaku sebarang  kejadian tidak diingini, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan akibat mengambil bahagian dalam peraduan ini.
  • Sebarang cukai kerajaan yang dikenakan ke atas hadiah tersebut adalah dibawah tanggungjawab peserta.
  • Peraduan ini tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan negara.
  • Syarat dan penyertaan ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya wujud sebarang percanggahan antara dua versi tersebut, syarat dan penyertaan Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Ulasan



Catatan Popular