IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

ADAT

Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.
Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.
Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka.
Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Ini memperlihat kehidupan mereka berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa, iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif, kerana adat dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.


BERIKUT MERUPAKAN CONTOH-CONTOH SENARAI BUTIRAN ADAT YANG TELAH DIANGKAT SEBAGAI WARISAN  KEBANGSAAN 
BUTIRAN                 :               ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN DAN NANING
KATEGORI              :               ADAT DAN BUDAYA
KETERANGAN BUTIRAN :
Asal mulanya adat ini dikatakan dari Minangkabau, Sumatera Barat. Sistem adat ini telah dibawa masuk ke Negeri Sembilan bersama-sama penghijrahan masyarakat Minang ke Tanah Melayu sekitar abad ke -14 M. Adat ini berkonsepkan demokrasi dan pemuafakatan serta tidak bertentangan dengan ajaran Islam sesuai dengan kata-kata adat ‘Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah’.Biarpun kini adat ini telah mengalami perubahan kesan daripada peredaran zaman, namun manifestasi pengamalannya masih ketara dalam beberapa aspek tertentu. Antaranya ialah soal-soal yang berkait dengan perkahwinan, pembahagian harta pusaka, susunan serta struktur masyarakat dan aspek pentadbirannya.
BUTIRAN                 :               RUMAH TERBUKA MALAYSIA
KATEGORI               :               ADAT DAN BUDAYA
KETERANGAN BUTIRAN :
Pada tahun 2000 Kerajaan Malaysia telah memutuskan sebanyak 6 perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama rakyat Malaysia. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah memupuk perpaduan di kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana aman dan damai. Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau "Gong Xi Fa Cai" merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru kalendar Cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Kaum Dayak di Borneo khususnya di Sarawak meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga bagi kaum Kadazandusun di Sabah yang merayakan Tadao Kaamatan sebagai menandakan kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut agama Kristian pula, Hari Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya pada 25 Disember setiap tahun.
BUTIRAN                 :               MELENGGANG PERUT
KATEGORI               :               ADAT DAN BUDAYA
KETERANGAN BUTIRAN :
Adat melenggang perut yang diamalkan dalam masyarakat Melayu merupakan sebahagian daripada kegiatan perbidanan tradisional. Adat ini juga secara tidak langsung mempunyai pertautan rapat dengan konsep 'tubuh' pada wanita. Ini disebabkan pandangan hidup terhadap tubuh bagi wanita dalam masyarakat Melayu tidak hanya dibatasi oleh sudut pandangan biologi tetapi mencakupi budaya. Adat ini diadakan untuk wanita yang bakal melahirkan anak sulung dan ketika usia kandungan cukup 7 bulan. Selain daripada melenggang perut adat ini turut dikenali sebagai adat 'kirim perut' di negeri-negeri utara semenanjung. Tujuan adat ini dilaksanakan adalah bagi memelihara anak dalam kandungan, memudahkan kelahiran dan menjauhkan kecelakaan pada ibu serta anak yang bakala dilahirkan.
BUTIRAN                 :               MAGAVAU
KATEGORI               :               ADAT DAN BUDAYA
KETERANGAN BUTIRAN :
Merupakan usaha Bobohizan mencari dan mendapatkan kembali serta membawa pulang semangat padi atau bambaazon. Magavau merupakan upacara tahunan bagi masyarakat Kadazan Dusun negeri Sabah yang menjalankan pertanian padi. Upacara ini akan diketuai oleh bobohizan dan dibantu oleh ketua kampung dan majlis pemimpin. Upacara ini akan dijalankan dari kediaman mereka menuju dan seterusnya mengelilingi kawasan penanaman padi. Bobohizan akan membaca mantera bagi memanggil semula bambaazon supaya berhimpun semula sebagai tubuh utama bambaazon sebelumnya.
BUTIRAN                 :               CUKUR JAMBUL / ADAT NAIK BUAI
KATEGORI               :               ADAT DAN BUDAYA
KETERANGAN BUTIRAN :
Adat ini dilakukan pada hari ke tujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan seperti sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilan kecil atau didukung oleh oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Adat ini merupakan upacara upacara bayi diletakkan di dalam buaian daripada kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Buaian ini akna diikat dengan selendang di kiri-kanannya dan ditarik perlahan-lahanuntuk mengendoi bayi dengan nazam atau marhaban oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Adat ini masih diamalkan dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "ADAT"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top