CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"

http://mynameika.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

 "HIDUP UNTUK MEMBERI"

nak join ini contest jom..p klik kat pic di atas yer..

 V

 "Tiada satu pun yang percuma di dunia ini melainkan rahmat ALLAH SWT". Saya terpaku membaca status ini, sambil otak ligat berfikir. Saya terkenang air yang turun percuma dari langit, menyejukkan.

  Saya juga menarik dan melepaskan nafas secara percuma juga! Tak peduli apakah dia kaya, miskin, cantik, atau apa sahaja yang pasti ALLAH tetap memberikan nikmat pada semua hamba-Nya.

Beriman, atau kafir, ALLAH pun tetap memberikan nikmat walau hamba tak mengingat nama-Nya, dan tak memuji nama-Nya, “Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman : 13) Kerana  manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat ALLAH yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira.

Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: “Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!”

Balasannya? Beribadatlah. Lakukan yang baik. Tinggalkan perangai buruk. Lakukan ini sahaja pun sudah memadai.

Ulasan

  1. Assalamualaikum umiii... Heheh bole kan panggil umi... Terima kasih byk2 join contest kat rumah ika. Inti pati ayat yg penuh dgn pngajran... Ika dh follow umi... Now umi tnggu keputusan ye...

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular