IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Lalat vs Langau

 

PENGENALAN : Lalat rumah boleh didapati di dalam dan sekeliling rumah, samada di kampung-kampung atau dibandar-bandar dimana taraf kebersihanya rendah. Jenis-jenis lalat termasuklah lalat rumah, langau, lalat daging dan lalat kandang.

APAKAH BAHAYANYA LALAT : Lalat telah dikaitan dengan pembawaan kuman penyakit yang boleh menyebabkan individu dan keluarganya mengidap penyakit. Contoh penyakit-penyakit yang dibawa oleh lalat termasuklah disenteri, cirit-bitir, tifoid (Demam Kepialu), jangkitan cacing, ‘enteritis’ dan keracunan makanan.

KEADAAN YANG MENGGALAKKAN PEMBIAKAN LALAT : Lalat tertarik kepada najis manusia dan baja binatang serta berbagai tempat lain seperti tanaman/buah-buahan, sampah-sarap, sampah kebun, najis binatang dan sisa makanan.

PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN : Kehadiran lalat adalah disebabkan adanya najis manusia, baja binatang dan pembuangan sisa makanan atau sampah sarap yang tidak sempurna. Kawalan lalat memerlukan penghapusan tempat-tempat pembiakan lalat, pemusnahan larva dan lalat dewasa serta menjadikan makanannya sukar diperolehi. Penghapusan pembiakan lalat bergantung terutamanya kepada kebersihan alam sekeliling dan penggunaan racun serangga yang sempurna, umpan yang beracun, ‘electric grids’ dan perangkap. Cara lain termasuklah menjaga kebersihan, penyelenggaraan rumah yang baik dan melaksanakan kawalan kebersihan yang dicadangkan. Kawasan sasaran kawalan ubat merangkumi premis makanan, restoran, rumah, ladang binatang, tempat penyembelihan dan kilang makanan.

Lalat dan Pengawalannya :-
-Bahan-bahan buangan harus dibungkus sebelum dibuang
-Tong sampah harus dibersihkan dan sentiasa ditutup rapat
-Makanan harus dikawal daripada dicemari oleh lalat dengan menutup atau menyimpan di
dalam almari
-Gunakan lilin yang menyala atau alat pembunuh elektirk agar lalat tidak hinggap di atas
makanan yang terdedah.
-Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tempat penghidangan makanan
-Memastikan pembuangan sampah dilakukan dengan sempurna
-Lalat-lalat dewasa harus dibunuh dengan semburan racun serangga
-Mengadakan kempen-kempen kebersihan
-Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung kebersihan yang tidak memuaskan.   Contohnya sampah yang tidak diangkut.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Lalat vs Langau"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top