Powered by Blogger.
Kurun Najwa728 x 90

isra mi'raj..27.05.2014



Isra' wal Mi'raj Malam gemilang telah terjadi
Bukti yang agung di Kota Makkah
Ketika Nabi sedih diuji
Allah jemput datang menyerah

Itulah malam segala malam
Malam Nabi bertemu Allah
Hijab dibuka mendapat salam
Dijemput dekat yang Maha Indah

Sudah termaktub dalam sejarah
Malam gemilang yang penuh indah
Namun pendusta tanpa hidayah
Sukar percaya menolak mentah

Wahai seluruh umat Islam
Masihkah hati gelap dan kelam
Anugerah Allah di satu malam
Mohonlah doa sedalam-dalam

 

No comments

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',