perginyer seniman Dato Aziz Sattar tidak akan kembali lg.....
al fatihah untuk beliau
Bintang lagenda Dato' Aziz Sattar yang memulakan
kerjaya seninya sebagai pelakon dan merupakan teman seangkatan seniman
negara, Tan Sri P.Ramlee pada zaman kegemilangan dunia perfileman di
Jalan Ampas pada era 60-an telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi
tadi.
Berita kematian Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta
yang selama ini lebih mesra dikenali sebagai Pak Ajis telah disahkan
sendiri oleh cucu kandungnya, Abu Ubaidah A.Ishak menerusi akaun twitter
peribadinya.
Dia yang baru sahaja dimasukkan ke hospital Kajang kira-kira jam 10
malam semalam akibat serangan jantung. Sebelum ini Pak Ajis dikatakan
mengadu mengalami sakit dada sebelum rebah akibat serangan jantung
ketika berada di rumah salah seorang anaknya.
Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi
bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee turut diingati melalui
penampilannya bersama S Shamsuddin melengkapkan trio yang tak mungkin
ada gantinya iaitu siri Bujang Lapok.
Di usia 88 tahun, Pak Ajis yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di
Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini telah meninggal dunia akibat
sakit jantung yang dihidapinya selama beberapa tahun
Very quickly this web page will be famous among all blogging viewers, due
BalasPadamto it's nice posts
Also visit my blog post: fifa 14 coins generator
al fatihah
BalasPadam