Langkau ke kandungan utama

Sharifah Shahira Cedera Di Kepala Akibat Terjatuh

sheira
Pelakon dan penyampai stesen radio Ultra FM, Sharifah Shahira berdepan detik demas apabila mengalami pendarahan di belakang kepala apabila terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah game show, baru-baru ini. 
 
Shiera yang berkongsi kecederaan bersama pengikut di akaun Instagramnya menjelaskan kejadian berlaku disebabkan mahu mengelak sebuah kereta sebelum hilang kawalan dan terjatuh. 
 
"Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu itu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya terus jatuh terlentang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.
 
"Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu," jelas Shiera yang dipetik daripada sebiah portal berita. 
 
Kini, Sheira diberikan cuti selama lima hari untuk berehat sebelum menyambung tugasnya seperti biasa. Semoga cepat sembuh Shiera!
 

Ulasan



Catatan Popular