Cara DIY yang Menjaga Kulit Wajah


Pernah tak antara korang terfikir, dalam penjagaan kulit wajah, tak semestinya perlu berhabis wang ringgit. Malah sama jugak macam berfesyen, kita boleh DIY. Tau tak apa tu? DIY adalah singkatan untuk Do It Yourself.

Kat situ aku dah boleh jimat. Segala macam tips aku cuba. Bak kata orang tua, tak kenal maka tak cinta. Sama lah macam tips aku ni. Tak cuba maka tak percaya. Betul tak? Hehe.

SECRET-KU?

Aku pilih cara tradisional. Dengan cara tradisional, pertama kita dah tak perlu risau dengan side effect.

1.  Contoh aku nak kasi kat sini, kulit kayu manis. Dari zaman arwah nenek, dia dah ajar kitorang guna kulit kayu manis untuk hilangkan parut pada wajah. Dan sampai hari ni, aku amalkan petua tu. Tengok la wajah aku licin tulus mulus. Tak perlu nak pergi facial setiap bulan bayar mahal-mahal.


2.  Tahu tak selain digunakan dalam permakanan, apa lagi khasiat mayonis? Mayonis aku jadikan sebagai masker wajah. Setiap malam before tidur, sambil berangan, aku sapu mayonis kat muka. Kegunaannya untuk merawat kulit kering dan merawat cel-cel kulit mati di wajah.


3.  Bunga Raya. Biar betul bunga raya? Mesti korang ingat aku tipu kan. Tak. Bunga raya sememangnya digunakan sebagai gincu bibir pada zaman dulu. dulu mana nak dapat lipstick mahal-mahal tu. Jadi kerana mereka zaman dulu ni sangat kreatif, mereka jadikan kelopak bunga raya sebagai pemerah bibir. Ambik bunga raya, kemudian lumatkan sampai hancur and sapu kat bibir. Kalau tak caye, cuba korang try!


4.  Korang biasa makan buah zaitun tak? Biasa kita dengar minyak zaitun je kan? Buah zaitun boleh dimakan macam tu je tau! Aku memang amalkan makan buah ni tiap-tiap hari. Takyah la makan banyak. Dalam 4-5 biji pun cukup dah. Buah ni rasa dia masin manis. Tapi sedap! Serious korang kena try. Nak tau apa khasiat buah zaitun? Buah ni ada kandungan anti oksida yang tinggi yang boleh rawat mata korang. Macam aku dah memang rabun dari kecik lagi. Sejak amalkan buah zaitun dari darjah 6, aku dah tak payah pakai spec dah sekarang.


5.  Ni pulak untuk dapatkan bibir merah menawan bak delima. Hiperbola nya aku ni. Hahaha. Kalau tadi aku bagi rahsia gincu menawan. Sekarang aku bagi rahsia bibir merah tanpa guna apa-apa. Shhh rahsia ni jangan cerita kat orang tau. Rahsia aku, setiap malam sebelum tidur, ambik sikit ubat gigi/colgate korang, pastu sapu pada bibir. Biar kan dia kering sampai pagi esok. Jangan jilat pulak bibir tu lepas sapu ubat gigi. Tak jadi lah dia. Bangun tidur terus pergi kat cermin senyum sampai telinga, ok? Hahaha


Selamat mencuba kawan-kawan!

Ulasan

  1. lol yeke? kalo parut lama msh blh guna x kayu manis tu?sy mmg thu pasal kayu manis blh rawat luka.sbb sy penah guna masa excident dulu mmg parut langsung xnmpk..cme nak tahu kalo parut jerawat yg dh lama blh guna lg x? hehe

    BalasPadam
  2. gune mayonis ngn ubat gigi cm best je..boleh try ni..good share

    BalasPadam
  3. kayu manis tuh betul3 :) pernah cuba dekat jerawat,, tapi pedih dia makk aiiii,, hihi naseb baik ceq ni kental sekental bikers kental hahah pening tak?? pening tak???

    BalasPadam
  4. hihi back to nature :D

    BalasPadam
  5. serius, ena tak tahu ubat gigi dengan mayonis byk kelebihannya. Boleh cuba ni. Tak perlu lagi beli produk kecantikkan yg mahal2

    BalasPadam
  6. Waaahh..sume sumber alam.
    Jimat kos kan?..
    Krim yang saya pakai sekarang bau mayonis..Betullah agaknye tekaan saya it is made of mayonis.

    BalasPadam
  7. jom2 kita try tgk kot2 bolej jimat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular