IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Penangan Tudung Fareeda (wat malu kaum ja)

Terbaca jugak pasal promosi tudung Fareeda yang mengatakan bahawa "memiliki tudung fareeda umpama menjadi impian bagi setiap Perempuan bertudung di Malaysia"... Nampak sangat macam wanita bertudung kat negara ni tergila-gila sangat kat jenama tudung, dan bukannya nak bertudung kerana menutup aurat.

Dan kalau tengok kat gambar diatas tu.., ada pulak wanita bertudung sanggup tidur di kaki lima kedai hanya semata-mata nak memiliki tudung berjenama berkenaan sampai menjatuhkan maruah diri.. Terfikir pulak.., adakah tudung Fareeda tu lebih mahal dari harga diri wanita muslim?

Cuba bayangkan.., pemilik syarikat tudung tu sedap2 tidur atas katil empuk dan ber'aircon'.., ada pulak wanita-wanita yang sanggup tidur atas simen kaki lima demi kegilaan melariskan jualan terhadap tudung berkenaan..

Agama ajar macam ni ke didalam usaha menutup aurat? Punyalah kejar nak beli tudung bagi menutup aurat lah kononnya.., tapi tunjuk aib umat Islam dengan tidur tepi jalan macam lah tak ada rumah dan keluarga.. Apa kejadahnya semua ni beb?

Pengaruh dan budaya songsang pasal tudung ni dah berjaya membuatkan wanita-wanita dalam gambar diatas hilang akal.. Apa bezanya tudung di pasar malam kalau setakat nak tutup aurat? Adakah jenama dan populariti tudung tu menjamin aurat ditutup dengan sempurna?

Patutnya syarikat jual tudung ni membimbing penggunanya untuk bertudung secara sempurna bagi menutup aurat, bukannya sekadar bertudung untuk bergaya dan menjadi popular..

Ni dah sampai menggalakkan umat Islam tidur di kaki lima jalan semata-mata berebutkan tudung kerana gaya dan populariti.., itu dah lain jadinya.. Tak malu ke bila bukan Islam tengok perkara2 macam ni jadi?

Bila kita tegur.., dikatakan kita dengki dan cuba menyekat perniagaan orang melayu.. Tapi fikir sendirilah beb kalau ahli keluarga kita yang tergolek tidur kat tepi jalan tu.. Takkan kita nak senyum dan bangga kot?
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Penangan Tudung Fareeda (wat malu kaum ja)"

seriously??? hurmm... mmg agak memalukan.. T___T

ntah..memalukan je...sanggup bawak baby lak tu..

Biar betul???
Saye xdelah nak beli tudung mahal2 ni.
Dengan harga tudung Fareeda tu saya boleh beli more than 5 shawls. Lagi untung. Setakat ni xpenah pun orang tanye shawl brand ape? Tapi orang tanye cara pakai shawl. Hehe..

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top