pantun untuk diri sendiri muhahahh


Wahai hati yang sungguh keras
Mengapa masih dirimu malas
Sedarlah bumi semakin panas
Jangan bertuhan syahwat yang ganas

Selalu sungguh membuat dosa
Sampaikan hitam tampak di muka
Cepat bertaubat jangan menunda
Malaikat maut semakin tiba

Orang beriman sungguh bahagia
Menjadi anak menabur jasa
Untunglah sungguh ibu dan bapa
Mendapat cahya dari zuriatnya

Beruntung sungguh orang beriman
Dijaga Allah setiap masa
Jiwanya tenang hatinya aman
Seperti sudah ada di syurga

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular