IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Apa yang perlu dielak ketika sambutan kemerdekaan



 
 
BEBERAPA hari lagi, ulang tahun kemerdekaan negara bakal disambut walaupun sambutannya akan dibuat secara sederhana di seluruh negara. Sambutan sederhana ini kerana kita menghormati keluarga mangsa tragedi kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang terhempas ditembak di Ukraine.
Apa-apa pun, sambutan tetap dibuat kerana kemerdekaan negara adalah peristiwa keramat detik pembebasan tanah air daripada belenggu penjajah. Kemerdekaan adalah tiket sesebuah negara menjalankan pemerintahan berdasarkan acuan sendiri, tidak terkongkong dengan cara penjajah.
Biasanya, pelbagai acara diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Di peringkat nasional, diadakan perbarisan, kawad, nyanyian lagu patriotik dan sebagainya. Kibaran Jalur Gemilang sudah dapat dilihat di sana-sini. Premis-premis perniagaan, bangunan kerajaan, bukan kerajaan, rumah persendirian dan sebagainya diminta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda meraikan hari penuh bermakna ini.

Bagaimanapun, acara-acara berbentuk hiburan dibatalkan kerana insiden MH17.  Oleh itu, rasa simpati mesti diterjemahkan sebaik mungkin sehingga ke tarikh 31 Ogos kerana bukan mudah bagi keluarga mangsa menanggung kesedihan atas insiden tersebut. Sehubungan itu, Malaysia akan mengibar Jalur Gemilang separuh tiang pada tarikh berkenaan. jom sedekah al fatihah untuk semua rakyat islam yang sudah meninggal dunia amin..

Kesederhanaan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada kali ini bukan bermakna kemerdekaan itu boleh dipandang remeh atau kecintaan pada tanah air juga bersifat sederhana.Malah, pengisian sambutan secara sederhana itu tetap memberi makna bahawa kemerdekaan itu mesti dipertahankan dan hal ini mesti tertanam dalam hati sanubari setiap lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu, kecintaan pada tanah air mestilah utuh dan berada teguh dalam jiwa.Malangnya, setiap kali ulang tahun kemerdekaan negara disambut, pelbagai salah laku atau insiden tidak diingini berlaku terutama dalam kalangan remaja di negara kita.
Contohnya, kegiatan merempit, parti liar, hiburan melampau dan sebagainya. Maka tidak hairanlah, sehari selepas tarikh ulang tahun kemerdekaan negara disambut, media melaporkan pelbagai salah laku tersebut. Ramai juga yang ditahan atas pelbagai kesalahan.Tidak kira sama ada kita dalam suasana berkabung atau tidak, tingkah laku negatif ini perlu dihindari tidak kira dalam apa suasana sekalipun.Hal ini kerana ia bukanlah melambangkan jatidiri kita yang sebenar. Kemerdekaan bukan bererti bebas melakukan apa sahaja apatah lagi kegiatan-kegiatan tidak bermoral.Golongan remaja mestilah mengawal tingkah laku mereka sempena ulang tahun kemerdekaan tanah air. Mereka tidak patut terbabit dengan kegiatan tidak sihat kerana bukan sahaja boleh menjejaskan sambutan ulang tahun kemerdekaan, malah mencemarkan nama baik negara.Mereka mestilah menyambutnya dengan acara-acara yang melambangkan nilai cinta akan tanah air supaya sambutannya lebih bermakna. 

Dalam hal ini, ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mestilah memainkan peranan masing-masing dan secara kerjasama membanteras gejala tidak sihat golongan remaja.Ibu bapa mesti mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terbabit dengan tingkah laku tidak bermoral manakala PBT pula mesti memantau setiap aktiviti golongan remaja terutama ketika sambutan ambang merdeka diadakan.
Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa sambutan kali ini akan lebih sopan, mesejnya jelas dan memberi makna besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, walaupun dibuat secara sederhana.
Tafsiran sempit tentang kemerdekaan akan membawa kepada pelbagai masalah sampingan dalam kalangan masyarakat mesti dielakkan seiring dengan usaha mengelak pelbagai gejala negatif sepanjang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Apa yang perlu dielak ketika sambutan kemerdekaan"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top