IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

http://duniazumal.blogspot.com/2014/08/ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html 
klik banner kalau sapa nak join ya..

nukilan kisah merdeka..-
 Click on the slide!
...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia....
Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.
Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman.

Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)
Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan..
Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh.
Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.
...Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita...

Tun Hussien Onn
Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)
Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka.
Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai."
Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.
Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.
Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula.
Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai.
Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.
...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara...
Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia.
Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.
Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai.
Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita.
Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.
..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara...

- Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005
Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya...

...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini...

-Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009)
 
Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

- Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Click on the slide!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal "

singgah bw dr segmen yg sama sambil follow sini..

http://indahnyapelangiku.blogspot.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html

Betapa pentingnya perpaduan dan sejarah untuk kita mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Terima kasih sudi join. Perkongsian amat hebat. Moga berjaya ^_^

Salam Ana, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top