IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger


Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com


Peranan saya sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'.

 1. Mematuhi dan mengamalkan undang-undang 
  • menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
  • Ciri-ciri Amalan Nilai Mematuhi Peraturan dan Undang-undang.Sentiasa mematuhi peraturan dan undang- undang.Menerima undang-undang dalam negeri atau luar negeri.Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan hidup.seperti juga di dalam laman2 web dan komunikasi yang lain..
  • 6Kebebasan Bersuara Bermaksud kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .
  • Ciri-ciri Amalan Kebebasan Bersuar  Bebas memberi pendapat yang tidak menyentuh isu-isu sensitif kaum lain Bebas menyebarkan maklumat yang benar,sahih dan tepat. Bebas memilih kerajaan melalui pilihan raya.
  •  Kebebasan Beragama Bermaksud kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Ciri-ciri Amalan Nilai Kebebasan Beragama Bebas memilih agama.Hormati peraturan dan perayaan agama lain. Jangan memaksa kaum lain menganuti agama kita. Sama-sama memeriahkan perayaan penganut agama lain.
         
 2. Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain

Blogger-blogger adalah aset negara yang sangat bernilai pada masa depan yang perlu dipelihara dan diberikan pendidikan dengan sempurna. Blogger-blogger juga merupakan bakal kepada pemimpin masa depan. Sebagai pewaris dan pembina masa depan blogger-blogger perlu melihat peranan yang boleh mereka mainkan dalam membantu negara mencapai hasrat wawasan 2020.
Cabaran blogger-blogge pada masa kini adalah cukup besar dan mencabar. Kerajaan memandang blogger-blogge  adalah sebagai aset yang boleh digembelingkan untuk membangunkan negara. Mereka perlu diasuh dan dibimbing supaya mereka kelak menjadi rakyat yang berguna.
Segala aktiviti yang berunsur liar dan meruntuhkan moral perlu dibanteras agar mereka ini sama-sama mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membangunkan negara.
Ibu bapa harus mendidik anak-anak sejak dari kecil untuk menghargai dan menghormati setiap manusia tanpa membeza-bezakan berdasarkan warna kulit. Kelak mereka yang akan menjadi modal insan kepada negara tidak kira usia, terutama remaja, mampu bertindak kejam, tidak peka dan merendahkan rakan sebayanya yang lain.    Pada pengamatan penulis kita sebagai blogger harus mempunyai keterbukaan untuk mendengarkan pendapat orang lain yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dengan sikap hormat-menghormati.Walaupun kita mendengar apa yang di hujah oleh rakan-rakan adakalanya hal Ini tidak bererti kita harus setuju dengannya atau menerima pendapatnya tetapi kita menerima dan bertoleransi terhadap pilihannya seperti kita ingin orang lain bertoleransi dengan pilihan kita.Menghormati hak orang lain. Seharusnya blogger-blogge yang mempunyai daya intelektual akan menghormati  serta berusaha agar rakan-rakannya memperoleh kesempatan untuk ikut membuat keputusan, apabila terjadi hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan di dalamalam maya dan masyarakat setempat.  
Dengan memberikan kesempatan kepada rakan-rakan untuk turut serta dalam membuat keputusan, blogger-blogge yang menjadi pemimpin harus menunjukkan sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
Di samping itu, menghindari kekerasan dalam kata-kata mahupun tindakan dapat mengelak sengketa dan perbalahan. Siswa-siswi perlu membentuk sikap hormat-menghormati antara satu sama lain, bererti melatih diri sendiri menyelesaikan perselisihan, menerima penghinaan dan mengatasi perasaan marah dengan damai tanpa kekerasan.   Sikap hormat kepada orang lain juga bererti tidak menggunakan ancaman atau kekuatan fizikal dalam mencapai keinginan atau mengungkapkan marah.blogger-blogge  harus melatih diri mereka sendiri cara untuk menangani konflik dan sengketa melalui perbincangan, tanpa tingkah laku agresif ataupun kekerasan yang boleh mengundang perasaan kebencian dan iri hati.
Sikap hormat adalah konsep yang amat penting bagi blogger-blogger , terutama dalam golongan kumpulan mereka yang tersendiri (geng), adalah amat kuat pengaruhnya pada kehidupan blogger-blogger di kampus .
Pada golongan yang mempunyai geng ini sikap hormat mempunyai makna yang sangat berbeza dengan makna yang diberikan dalam falsafah akhlak. Sikap hormat bukanlah sesuatu yang harus kita tunjukkan kepada orang lain tetapi adalah sesuatu yang harus ditunjukkan orang lain kepada kita.
Memetik kata-kata seorang anggota geng, Nathan McCall, sikap hormat bermakna pengakuan orang lain bahawa “Saya adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan atau ditakuti”. Di daerah-daerah yang dikuasai oleh kumpulan atau geng, apabila seseorang menunjukkan sikap tidak hormat kepada orang lain, baik sungguh-sungguh mahupun hanya sekadar main-main, hal itu adalah penghinaan terbesar.
Jika seseorang memandang anggota mereka dengan cara yang salah, berani menggunakan lambang kumpulan lain di depannya, atau hanya sekadar berani memasuki ”daerahnya”, tindakan itu akan dianggap tidak hormat dan hukumannya pasti berupa pukulan dan pergaduhan yang boleh membawa kepada pembunuhan.
Ini kembali kepada zaman raja-raja yang kejam dan primitif yang tidak ada rasa peduli, penghargaan kepada orang lain dan hukuman yang tidak adil. Tidak ada usaha membezakan antara perbuatan yang disengajakan dan tidak sengaja serta antara orang yang bersalah dan yang tidak bersalah.
Konsep “hormat adalah takut” begitu tersebar luas di masyarakat maka kita harus benar-benar memahami bahawa sikap hormat sejati tidak berhubungan dengan rasa takut. Bahkan, sikap hormat seperti cinta, hanya akan bernilai apabila diberikan secara bebas serta berasal dari perasaan yang tulus dan ikhlas.
Ironinya, ekspresi sikap hormat yang palsu, yang timbul dari rasa takut sebenarnya adalah sebuah bentuk penghinaan. Siswa-siswi perlu memahami bahawa kemungkinan reaksi kekerasan dapat dikurangkan jika kita diberi strategi dan teknik yang spesifik, agar kita mampu mengembangkan dan mengekspresikan sikap hormat kepada diri sendiri dengan cara yang wajar, mampu memecahkan konflik dan masalah tanpa melakukan kekerasan atau tingkah laku yang tidak hormat.

3. Menanam kesedaran pentingnya keamanan


 


4. Mengutamakan keharmonian setiap kaum
• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
  Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
5 Komentar untuk " Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger"

Selamat bersegment. dan semuga berjaya nanti, InsyaAllah.

banyaknya idea Noor... dasat... Tahniah telah tersenarai dalam bloglist sifu Hasrul Hassan ^__^

Salam kemerdekaan... selamat bersegmen. Semoga berjaya tersenarai ke bloglist Hasrul Hassan.

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top