Murninya Pihak panadol..


Thumb 471b

Panadol meraikan raya dengan rumah terbuka untuk anak-anak yatim Rumah Bakti menjelang Hari Raya Aidilfitri



  • Pembuat Panadol, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd ("GSK") telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Bakti, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2014 bersempena dengan penutupan kempen 'Legakan Ramadhan Bersama Panadol' yang bertujuan untuk mendekati masyarakat tempatan bagi memenuhi keperluan mereka semasa musim perayaan.

  • Seramai 68 kanak-kanak dan 4 penjaga dari Rumah Bakti Dato 'Harun mengambil bahagian dalam Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GSK. Para peserta berkesempatan menikmati perkelahan di luar bersama wakil-wakil dengan pekerja GSK.

  • GSK mengiringi anak-anak yatim dari Rumah Bakti Dato 'Harun ke acara membeli-belah baju raya di Mydin Subang Jaya. Dengan setiap pembelian bernilai RM50 termasuk satu pek Panadol, Panaflex atau produk PanaCool dalam satu resit, satu set baju raya akan diderma kepada anak-anak yatim ini. Sepanjang kempen berlangsung, Sebanyak 70 set baju raya telah berjaya disumbangkan kepada mereka oleh Mydin.

Selain itu, GSK bekerjasama dengan Guardian dan Ujang, pelukis kartun popular Malaysia dalam meraih kutipan sebanyak RM12,000 daripada hasil jualan 'Panadol Coaster' edisi terhad di cawangan Guardian yang dicetak dengan imej kartun Hari Raya Ujang



  • 'Panadol Coaster' edisi terhad telah dijual pada harga RM2.00 setiap satu dengan setiap pembelian Panadol, Panaflex atau produk PanaCool di mana-mana cawangan Guardian. Cek sebanyak RM12,000 kemudian disampaikan kepada Rumah Bakti Dato 'Harun pada majlis berkenaan.

Rachel Ferdinando, Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare berkata kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat kekeluargaan di Malaysia supaya mereka berpeluang menghulurkan sumbangan di samping menikmati kehidupan yang lebih sihat



  • "Kesejahteraan masyarakat adalah keutamaan kami di GSK. Kami didorong oleh misi untuk memupuk semangat kekeluargaan di Malaysia supaya mereka boleh melakukan lebih, berasa lebih baik dan hidup lebih lama. Dengan itu, kami percaya cara terbaik untuk membantu masyarakat adalah melalui usaha kolektif dalam memberi perhatian kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan orang-orang yang lebih memerlukan," kata Rachel.

  • Puan Paninah, wakil Rumah Bakti Dato 'Harun pula berkata, "Anak-anak yatim boleh merasa kesepian dalam acara perayaan seperti Hari Raya. Kami amat bersyukur kerana GSK bersama-sama dengan rakan-rakan kerjasama mereka telah menganjurkan kempen yang sangat bermakna ini dan memupuk rasa kekeluargaan ke rumah kami. Saya teruja melihat anak-anak yatim bergembira dengan kakitangan GSK sebagai satu keluarga. Selain itu, sumbangan RM12,000 yang disumbangkan dapat membantu untuk operasi dan penyelenggaraan rumah kami."

Ingat lagi zaman dulu-dulu dimana anda tak pernah terlepas dari membeli dan membaca komik 'Ujang'?


Ramadan ini, dengan hanya mengkongsikan komik Ujang kepada orang ramai, anda mampu memberi impak positif sempena Hari Raya


Untuk Hari Raya tahun ini, Panadol telah bekerjasama dengan Ujang dan kawan-kawannya bagi melakar senyuman pada wajah anak-anak yatim yang kurang bernasib baik


Dalam kerjasama ini, mereka mengajak anda dan seluruh rakyat Malaysia pada bulan Ramadan ini untuk turut serta dalam memberikan sambutan meriah kepada anak-anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri


Panadol bersama Ujang dan kawan-kawannya telah menghasilkan 12 jenis "Coretan Ceria" yang menggambarkan suasana bulan Ramadan serta Hari Raya untuk dikongsikan di laman Facebook

Last updated by Panadol about 1 month ago

Menjelang Hari Raya ini Panadol akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya untuk anak-anak yatim daripada Rumah Bakti di Ulu Kelang


Rumah Bakti yang terletak di Jalan Hulu Kelang ini menempatkan seramai kira-kira 70 orang anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun



  • Rumah Bakti telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5 Mac 1977.

  • Pada peringkat awal, pengambilan anak-anak yatim telah mula dibuat pada tahun 1976 iaitu seramai 26 orang yang terdiri daripada 13 lelaki dan 13 perempuan yang berumur antara 6 hingga 12 tahun. Dari tahun ke setahun jumlah anak-anak yatim telah bertambah dan sehingga kini pada tahun 2013, Rumah Bakti telah dihuni oleh seramai 70 orang anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun.

Oleh itu, setiap coretan ceria akan membantu menceriakan Hari Raya anak-anak yatim. Hanya beberapa hari sahaja lagi untuk anda merealisasikan rumah terbuka Hari Raya ini.


Mahukah anda membantu menceriakan anak-anak yatim ini dan menjadikan Hari Raya mereka lebih bermakna? Bagaimana anda boleh membantu menceriakan Raya mereka?


1. Kunjungi laman web Panadol. 2. Pilih coretan ceria yang menarik untuk dikongsi. 3. Kongsikan ke laman Facebook anda. 4. 'Tag' rakan-rakan anda.


Ia pasti satu sambutan meriah yang dipenuhi keceriaan, hidangan yang sedap, pemberian yang bermakna serta senyuman yang bahagia! Hanya beberapa hari sahaja tinggal. Kongsikan coretan ceria sekarang!

Ulasan



Catatan Popular