IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

SEGMEN PETUA KETUMBIT ohhhh KETUMBIT

                                                          klik banner kalau nak join ya

 
Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.


Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.


 Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.


Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.


Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?

Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.


PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:

1) tenyeh ngan bawang putih
2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat sllu hgga pulih 
3) Petua org tua. Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata
4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah....
7)  ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "SEGMEN PETUA KETUMBIT ohhhh KETUMBIT"

wah ketumbit pun dijadikan segmen, selamat bersegmen dear....

boleh ja jom la join hikhikk

Tq sudi join.
Ramai kata segmen ni pelik.
Tapi bila jadi teruk pada diri saya
Nandiaaa, jenuh cari petua.

betul tue..sakit kalau yg dah biasa kena..

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top