Gerhana Bulan Berdarah atau Merah (8.10.2014)
Fenomena gerhana bulan berdarah atau
merah pada 8 Oktober 2014 di Malaysia. Penduduk di Malaysia khususnya
akan dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah atau dikenali
sebagai ” Blood Moon” pada 8 Oktober 2014(Rabu) bermula dari 5.14 petang
hingga 8.34 malam. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan
kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi
disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah
ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna
merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar. Kali terakhir fenomena
Blood Moon ini berlaku adalah pada 15 April 2014.
Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014 Malaysia
Tarikh: Rabu 8 Oktober 2014
Waktu Cerapan: 5.14 pm hingga 8.34 pm
Lokasi: Kawasan lapang
Punca Sebenar Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014
Fenomena
Bulan Berdarah atau Blood Moon berlaku apabila kedudukan bulan sejajar
dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan
cahaya yang dikenali sebagai cahaya Umbra oleh atmosfera bumi. Oleh itu,
bulan akan kelihatan merah seperti darah.
yg pasti cuaca smlm tenang je...x pns x sejuk
BalasPadam