Handphone Punya Pasai
Alhamdulillah diberi nafas untuk berkongsi bersama-sama kawan-kawan..
Ya ALLAH ampunilah dosa -dosa kami yang mempunya HP kerana
"kami lebih banyak mengisi kreadit daripada bersedekah"
"kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih"
"Kami lebih banyak lihat HP dari lihat wajah ibubapa,suami,isteri dan anak-anak"
"Kami Lebih banyak baca sms daripada Al Quran"
"Kami lebih sering menelefon daripada silaturrahim"
"Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud"
Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini,dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.amin....
Kata Seorang Guru:-
Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu.
"hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu....
"hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya....
"hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
"hingga al-quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya..
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu,maka buanglah ia dari kehidupanmu..
"kerana ia telah menjadi satu alat untuk MANJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
"kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu..
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhannya..Bukan salah handphone itu,tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..
KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH
Teguran ini menyusuk sungguh...Realitinya begitulah..lepas solat selesai Salam kedua,terus raba cari hp,padahal tak ada apa pun..atas alasan perjuangan, zikir diabaikan...astaghfiruallahalazimm...biarlah dengan hp canggih-canggih menambah ketaatan kepada Allah,bukan mengheret kita lalai kepadanya...
pssss:JOm REnung-renungkan lahSelamat BerAmal
untuk tatapan diri Sendiri juga:)
terima kasih kerana mengingatkan
BalasPadamsama2 kita jadikan pedoman
PadamPerkongsian yang amat mendalam ^_^
BalasPadammemang mendalam pun pikir2 kan lah
PadamRenung-renungkanlah..
BalasPadamrenung jgn xrenung:)
Padamsebagai peringatan buat kita semua. baca Quran dlm hp ok lah....
BalasPadamAllahuakbar. ;(
BalasPadamAde betulnye....^_^
BalasPadamBetul tu, kadang2 ada yg tak matikan hp masa sembahyang, sehingga telefon berdering dan menganggu masa sembahyang.
BalasPadamBetul tu, kadang2 ada yg tak matikan hp masa sembahyang, sehingga telefon berdering dan menganggu masa sembahyang.
BalasPadam