Inisiatif & Kreatif Untuk Bersedekah
Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim
oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun
perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan
dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala
yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki
kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa
yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.
1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid.Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjoid2 arab mekah dan madinah.
2.Letaklah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang
3.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu,untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin
4.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
5.Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak.Setiap kali kamu merasa melakukan dosa,masukkan wang kecil ke dalamnya.Gelap 1 bulan buka kotak itu& sedekahkan wang tersebut.
6.Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga 7 kerabat atau sahabat) belilah 1@2 kotak air mineral niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua,sakit,kanak-kanak dan sebagainya)
7.Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki biarkan wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
8.Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid.bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membaca.
9.Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang khususnya kepada mereka-mereka yang sedang di timpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
10.Lemparkan senyuman kepada orang yang kamu temui berilah salam kepada orang yang duduk @bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
11.jangan biarkan engkau tertido melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari menghibahi,mengadu domba dan menzalimimu..
12.Sedekah alfatihah kepada kedua ibubapa kita,sahabat-sahabat dan kenalan2 kita yang telah meninggal.
13.jom sama2 kita berkongsi insyaallah sama-sama dapat manfaatnya..
Moga kita sentiasa bersedekah dalam apa jua yang kita lakukan :)
BalasPadam