IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

 Assalammualaikum salam 1malaysia..
 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...
Blooggers Media 

http://www.blooggers.com/2014/09/cabaran-winter-in-busan-blooggers.html?showComment=1410769457019#c7777173251186262442 
 
Alhamdulillah bersyukur sangat allah masih panjang kan umur ku ini..aduhh rentetantan dari task pertama

"Apa Yang Menarik Di Busan" 

yang di anjurkan oleh :

www.Blooggers.com dan http://libur.karangkraf.com 

telah mendapat sambutan agaknya kan..maklum la nak dapat pergi tempat orang dengan percuma hihii:)

sapa tak mau kan tapi kena la berusaha dulu terbitkan entry2 yang baik bagi memikat juri yang menilai hahah

adehh adehh adehh nak cerita habaq hang   

 http://www.blooggers.com/2014/10/cabaran-winter-in-busan-blooggers.html

                                  Why ana nak bercuti di Busan ?

1.kerana adanya sinar islam di Busan Korea.

Bak kata perpatah Malayu ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Itulah pepatah Melayu yang sering kita ungkapkan setiap kali kita merantau ke negara asing selain daripada Malaysia. Korea Selatan, negara yang boleh dikategorikan antara negara termaju di benua Asia, keramahan penduduknya, kesopanan yang ditujukan, membuatkan hati semakin dekat untuk kesana.

Mencari makanan halal adalah wajib bagi umat Islam seperti Hadis daripada Abi Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima sesuatu daripada hamba-Nya melainkan yang baik, dan Allah SWT perintahkan (kepada hamba-Nya) seperti yang diperintahkan kepada Rasul-rasulnya" .
Firman Allah SWT, dalam surah Al-Baqarah ayat 172 bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-Nya."

Syiar Islam Di Busan Korea Selatan
     "Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia"

Masjid Chongju
Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).
Masjid di Pusan
 
Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.
Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.
KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.
Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.
Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama
Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.
Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.
 
 
Kadar bunuh diri tertinggi di dunia
Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.
Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.
1-Anak muda Korea membaca al Quran
2-Islam di Korea
Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……
Salam perjuangan
 
Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam
 

2.TerdapatTempat-tempat yang Menarik memikat hati Ana..antaranya:-   
 
Rumah Biru Presiden ialah
 kediaman rasmi serta pejabateksekutif Presiden Korea Selatan yang terletak di tengah kota Seoul.Seni bina bangunan ini berunsurkan budaya tradisional Korea dan juga campuran elemen moden.
 
>>Istana Gyeongbok atau dalam bahasa Korea disebut
Gyeongbokgung, adalah istana di-Raja yang terletak di utara Seoul.Istana “Gyeongbok”yang membawa maksud “mendapat restu dari syurga”ini dibina pada tahun 1395 lagi.

>>Muzium Rakyat Kebangsaan adalah muzium kebangsaan di
Korea. Terletak dekat dengan Istana Gyeongbok, muzium ini
mempamerkan replika untuk menggambarkan sejarah kehidupan
tradisional rakyat Korea.

Masjid Itaewon dibuk
a pada tahun 1976 di Itaewon, Seoul. Masjid
ini menjadi pusat pengajian bahasa Inggeris, Arab dan Korea. Masjid
ini adalah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul.

Ski Resort. Korea
sudah terkenal dengan sukan ski. Gonjiam Ski
Resort mempunyai cerun ski yang terbesar di Seoul. Resort ski di
Korea mula dibuka pada bulan November. 
Resort Yangji pula adalah
pusat rekreasi semua musim dengan pelbagai aktiviti.

Menara N terletak
di gunung Namsan, Seoul. Menara ini ialah
menara komunikasi dan pemerhati. Mula dibina pada tahun 1969dan siap pada 1971. Menara ini dilengkapi dengan ruang tinjau,muzium, dewan, kedai cenderamata dll
.

Petite France
menjadi lokasi penggambaran popular kepada
beberapa buah drama Korea seperti; Beethoven Virus, Secret
Garden dan The Man from the Stars. Pekan Petite France atau mini
Perancis merupakan tempat untuk merasai pengalaman berada di
perkampungan Perancis.

Pulau Nami terbentuk akibat pembinaan empangan Cheongpyeong. Pulau yang berbentuk bulan itu menjadi tarikan di
kalangan pelancong kerana pernah menjadi lokasi penggambaran
drama popular Winter Sonata.

The Garden of Morning Calm atau Taman Ketenangan Pagi ialah taman bunga berukuran 30,000 meter persegi. Taman inimenjadi habitat kepada 5,000 jenis tumbuh-tumbuhan. Bunga-bunga
di taman ini berkembang antara bulan Mac hingga November
sepanjang tahun.

Masjid Al-Fatah di Busan m
erupakan masjid kedua yang dibina di Korea Selatan. Masjid ini dibina pada tahun 1980. Masjid ini jugamenjadi Pusat Islam di Busan.Dalmajigil atau Jalan Dalmaji terkenal kerana dihiasi dengan pokok-pokok rendang. Jalan kecil ini terletak dekat dengan PantaiHaeundae, sebuah pantai yang paling terkenal di Korea Selatan.

Jambatan Gwangan atau jambatan berlian adalah jambatan yangmenghubungkan Haeundae dengan Suyeong. Dengan panjangjambatan mencecah 7,420 meter, ia menjadi jambatan keduaterpanjang di Korea Selatan selepas Jambatan Incheon.

Taman Tebing Taejongdae ialah sebuah taman semula jadi dengan tebing yang menakjubkan menghadap ke lautan yang
terbentang luas dan berada di hujung selatan Pulau Yeongdo-gu.Pengunjung akan mendaki tebing ini dengan menaiki Keretapi Danubi.
Walaupun belum merasai sendiri ke sana baca maklumat tempat menarik ni pun rasa best jer kan...........................



3.Ingin Melihat Sendiri Budaya Orang sana..

Bicara tentang  budaya, tidak lengkap jika tidak membicarakan budaya secara lebih luas lagi. Seperti yang kita tahu, sama seperti Malaysia dahulu kala Korea pun berbentuk kerajaan. Ada beberapa dinasti yang menguasai Korea, setahu saya ada dinasti Silla dan dinasti Gaya.Dinasti-dinasti tersebut meninggalkan berbagai macam hal, mulai dari kuil, kerajaan, patung, dan barang-barang lainnya.Salah satu objek pariwisata di Korea yang sering dikunjungi adalah kuil. Memang majoritinaya penduduk Korea adalah penganut agama Budha, namun menurut teman sebagian besar tidak mengamalkan ajaran-ajarannya. Akan tetapi, memang hampir di setiap bahagian Korea dapat ditemukan kuil-kuil.
Objek lain adalah istana-istana. Yang paling terkenal tentu saja Gyeongbokgung yang terletak di Gwanghwamun, Seoul. Di sekitar tempat itu juga ada Hanok Village, sebuah komplek perumahan yang berisi rumah-rumah adat Korea. Di tempat itu selain boleh berfoto, pengunjung juga boleh mendapatkan pengalaman mengikuti upacara minum teh, cara membuat kimchi, dll. 


Task 1 dan Task 2 untuk yang ingin mengikuti percutian ini ia di anjurkan oleh :

www.Blooggers.com dan http://libur.karangkraf.com 



 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan"

wah pasti menarik sekali ya menikmati sensasi winter di busan, have a good day dan terima kasih sudah berbagi :)

ok nice to meet u friend..

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top