6 Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Berjimat Cermat

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni yang seharusnya dijadikan amalan sejak kecil lagi. Nak tahu apa faedahnya? Jom kita lihat 6 faedah berjimat-cermat di bawah.

Thumb 02bf

1. Lebih banyak duit


  • Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai lebih banyak wang pada akhir tahun. Ini merupakan salah satu faedah yang dapat diperoleh daripada amalan berjimat. Tanya diri sendiri, mengapa tidak menyimpan lebih banyak? Masih belum terlambat untuk bertindak.
    Favicon says.com

2. Fikiran lebih matang


  • Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah. Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat dinilai dengan lebih tepat.
    Favicon says.com

3. Jauhkan diri dari hutang


  • Paling penting, sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih mudah ia ditangani. Bolehlah berjimat tanpa menanggung beban hutang selepas itu.
    Favicon says.com

4. Lahirkan masyarakat bijak


  • Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.
    Favicon says.com

5. Lebih banyak pilihan


  • Apabila seseorang memutuskan untuk menjimatkan wang dan menjadikan tabiat itu sebagai gaya hidup, terlalu banyak pilihan akan tersedia. Seseorang itu boleh melabur atau membeli sesuatu yang mereka inginkan hasil daripada wang yang terkumpul melalui amalan berjimat. Hidup yang mempunyai banyak pilihan adalah lebih baik.
    Favicon says.com

6. Jaminan masa depan


  • Amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan apabila seseorang menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Seseorang itu tidak akan menghadapi kesulitan wang pada masa akan datang.

Ulasan

  1. betul tu banyak faedahnya dengan berjimat cermat,lagi senang kalau raa nak sesuatu garang yang mahal,kumpul duit...

    BalasPadam
  2. Tq atas peringatan ni.
    Sesuai untuk saya yang boros ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular