Kehadiran Ustaz Kazim Ke Pangkalan TLDM Lumut (18.5.2015)
Lumut,
18 Apr 15 - Sempena Sambutan Hari TLDM Ke–81, satu majlis Ceramah
Perdana telah diadakan bertempat di Padang A16, Pangkalan TLDM Lumut.
Program ini telah menampilkan penceramah undangan yang terkenal di
Negeri Perak iaitu al Fadhil Dato’ Ustaz Muhammad Kazim bin Elias al
Hafiz yang mengupas tajuk berkaitan ‘Indahnya Hidup Beragama’. Majlis
ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul
Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan isteri, YBhg Laksamana Tan
Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut dan Puan Sri,
panglima-panglima dan isteri serta tetamu jemputan dan lebih lapan ribu
warga TLDM, keluarga dan masyarakat setempat. Majlis turut diserikan
dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Caliph dari KD PELANDOK dan
persembahan Qasidah, Selawat oleh Kumpulan Al Barokah dan As Sohabah.
Kumpulan Caliph menyanyikan lagu nasyid dengan amat syahdu | Persembahan Qasidah, Selawat oleh Kumpulan Al Barokah dan As Sohabah |
Ceramah
Indahnya Hidup Beragama disampaikan dengan objektif utama bagaima untuk
menjadi insan berkualiti dalam kehidupan seharian. Ternyata ceramah
yang disampaikan telah menarik perhatian dan mencapai objektif
penganjuran majlis di kalangan warga TLDM. Semoga program sebegini mampu
memberi kekuatan spiritual kepada warga untuk lebih bersiap siaga dalam
menghadapi apa jua cabaran. Diharap dengan pendedahan dalam ceramah ini
dapat membantu semua warga TLDM dalam memahami dengan lebih jelas
tentang keistimewaan dan keindahan hidup beragama. Program sebegini juga
dharap mampu memberi pendedahan ilmu serta perkongsian maklumat
keagamaan dan mengeratkan jalinan ukhwah dikalangan warga TLDM dan
masyarakat setempat.
Sesi Bergambar bersama tetamu | Ceramah disampaikan Al Fadhil Dato’ Ustaz Kazim banyak memberi manfaat dan ilmu yang berguna |
Ahli keluarga warga pangkalan turut hadir memeriahkan ceramah |
Best ni kan...kalau dekat boleh jugak dtg kn hhihi
BalasPadamZumal suka dengar ceramah Ustaz Kazim nie...
BalasPadam