IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

6 Syarat AURAT Solat Tanpa Telekung.


Bismillah.

  Baru-baru ni ana tengok dah ada muslimah Melayu start solat tanpa telekung. Tapi dalam purata 5% ar dalam satu surau atau masjid yang aku nampak. Bagi aku, bagus la. Dah ada orang yang mudahkan cara solat dengan cara yang betul.
  Tapi!

  Ades, masih ada yang kena tegur-tegur sikit la.. So, harini ana diilhamkan untuk buat entri ni. . Jangan fikir kelebihan je, tapi solat tak diterima. Kena tau jugak syaratnya, terutama syarat aurat.
  Mudah-mudahan peringatan khususnya untuk diri ana dan semua dapat dikongsi sama. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Sentiasa perbaiki diri sendiri bersama.
 

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.

Tapi kalau ikut mazhab Syafie, aha, jadi tutup dagu tu ya. 
  Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup.
  Oh ya! Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!


  Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
  Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
  Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
  Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah.
  Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
  Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu
  Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..
  Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?

  Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
  Still, ana tak galakkan. Sebab khuatir. Lebih baik pakai kain. Serius, ana takut nak galakkan, sebab kadang-kadang orang baca, lain fahaman dia. Yang pasti, seluar boleh pakai. Tapi ketat peraturan dia.
*********************************************************************************
  Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
  Apapun, ana nak nasihatkan kepada orang-orang yang bergaduh pasal perkara khilaf atau bercanggah pendapat. Untuk berdebat dalam perkara ni, mesti kena banyak ilmu, bukan sekadar cakap ikut baca internet. Kena ada rujukan kitab ulamak, mazhab semua.
  Ana sendiri takut nak cakap apa-apa, apatah lagi main jatuh hukum pasal benda khilaf ni.
  Kalau korang tanya ana, dalam perkara khilaf, aku akan lagi hati-hati. Contohnya isu dagu, isu stokin, even isu sapu muka selepas solat. Cuba fikir dengan baik-baik. Then pilih la. Tak guna kita nak berbalah sebab benda yang berlainan pendapat ni.
  Yang penting, Allah lagi Mengetahui..
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "6 Syarat AURAT Solat Tanpa Telekung. "

thanks ya for infonya.. mmg byk khilaf part dagu tu.. klau ustazah ajar kt skolah, ttup gune tisu je senang.. :)

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top