Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, ana ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!

Serbuk SodaHasil carian imej untuk serbuk soda

 

Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.

Air Cola

 Hasil carian imej untuk air cola

Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.

Krim Tartar

 Hasil carian imej untuk krim tartar

Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.

Garam & Limau

 Hasil carian imej untuk garam dan limau

Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.

Garam

 

Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal dengan sendiri.

Sos Tomato

 Hasil carian imej untuk sos tomato

Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan semalaman dan ia serba sedikit membantu.

Cuka

 Hasil carian imej untuk cuka

Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda! Menarik bukan?

Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan tak perlu modal banyak.