IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

di petik dari sumber di sini ya

1.0.        Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.

1.1.        Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
            Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.
            Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.
            Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.

1.2.        Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.
            Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.
            Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
            Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

1.3.        Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.
            Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:
Ø  Penglihatan yang baik.
Ø  Pendengaran yang baik.
Ø  Kecerdasan yang normal.
Ø  Mempunyai sahsiah yang matang.
Ø  Aktif dan cergas.
Ø  Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata
Ø  Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita.
Ø  Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
Ø  Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

1.4.        Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa adalah seperti berikut:
1.4.1.   Umur
Perbendaharaan kata kanaka-kanak akan bertambhan apabila meningkat usia. Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak tidak bercakap selagi belum matang.

1.4.2.   Kesihatan
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan letih serta letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar dan kelancaran pertuturan terganggu.

1.4.3.   Jantina
Secara amnya, kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.

1.4.4.   Kecerdasan
Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.

1.4.5.   Keadaan keluarga.
Secara amnya, perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.

1.4.6.   Alam sekitar
Faktor alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.

1.5.        Penguasaan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah

Dalam Bahasa melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, semantk dan pragmatik.
Fonologi
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanak-kanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran.  Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalah seperti berikut:
Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan perkataan lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
Perkembangan bahasa
Baru lahir – 2 bulan
*      Menangis dan senyum
*      Lebih suka kepada suara manusia
2 – 4 bulan
*      Mendekut( bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo”
6 – 9 bulan
*      Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata sepert “ma-ma-ma” atau “ba-ba-ba”
*      Mula menunjukkan gerak tangan
9 – 12 bulan
*      Mencantukan suku kata dan menghasilkan perkataan pertama
1-    1 ½ tahun
Menyebut perkataan ( mengenal nama benda atau orang)
1 ½ - 2 tahun
Menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang penting sahaja).  Seperti “ti-kar” untuk “mak, saya nak roti bakar”
2 – 4 tahun
*      Menyebut gabungan 3 perkataan
*      Menggunakan strategi sebutan untuk perktaan rumit (seperti “didi” untuk “tv” atau “alan” untuk “jalan”)
4 – 6 tahun
*      Menghasilkan gabungan 4-5 perkataan
*      Sebutan bertambah baik.
*      Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun mudah.

Morfologi
Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini, mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami konsep majmuk dan perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak adalah seperti:
Umur
Perkembangan morfologi
1-2 tahun
Ø  Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataaan seperti “roti sedap”untuk sedapnya roti ini”
2-3 tahun
Ø  Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti:”Adik nak makan”
Ø  Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tenpat dalam membentuk ayat.
4-6 tahun
Ø  Mengahsil ayat gabungan 3-6 perkataan seperti: Roti coklat itu makanan kegemaran adik”.
Ø  menggunakan 
·         kata sambung (kerana, sambil)
·         ayat berlapis(topi saya cantik
·         ayat pasif (roti dimakan oleh emak.
·         Dapat menghasilkan cerita pendek.


Sintaksis
Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dan kurang  ataupun tiada langsung kata kerja.  Selepas lima tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa. Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat pasif atau yang lebih kompleks serta dapat  mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.
            Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah dengan tepat seperti:
“Ambilkan buku mak.”
“Mana roti adik.?”
Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti:
·         Ayat penyata: “Saya minum.”, “Kunci kakak.”, “Nenek balik.”
·         Ayat negatif: “Ibu belum masak.”
·         Ayat perintah: “Jangan tutup radio.”

Semantik
Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendahaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak. Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.



Peringkat sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:
*      Apabila dia sedang lapar. Dia akan kata ‘mamam’.
*      Apabila dia tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata ‘mamam’ bermaksud dia nak makan roti itu.
*      Apabila dia melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelebgkan kepala bermaksud makanan sudah abis.
Peringkat Praoperasi
Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanakmula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan abstrak.
Peringkat operasi konkrit
Peringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia ada dan pengalaman terus. Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah, ruang tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.
Perkembangan semantikkanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
Kebolehan semantik
6-12 tahun
Dapat memahami perkataan serta menunjukkan onjek yang dinamakan.
1-1 ½ tahun
-       Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.
-       Perbendaharaan kata terdiri daripada nama orang (mama, abah) dan benda maujud (kasut, roti, buku)
2-3 tahun
-       Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek
-       Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih.
-       Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 kata)
-        Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya.
4-6 tahun
-       Berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah)
-       Memahami lawak jenaka dan metafora
-       Memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku.
-       Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi.

Pragmatik
Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada perkara yang penting untuk dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat(tempat mereka membesar). Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut:
Unsur
Kebolehan
1 -2 tahun
o   Mula mengambil giliran dalam perbualan
o   Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti ‘bye bye’
3 – 4 tahun
o   Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas.
o   Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian.
o   Dapat menggunakan daftar bahasa , seperti “selamat pagi”.
5 – 6 tahun
o   Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
o   Dapat menggunakan daftar bahasa dapat menggunakan daftar kata seperti “ apa khabar”, dan “selamat pagi”
o   Mula memberi komen dan tindak balas.
o   Dapat menyanya balik apabila disoalkan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK "

seronok melayan anak-anak yang sedang berkembang terutama di dalam aspek perkembangan bahasa...

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top