FARDHU AIN: Solat Sendirian Sedang Orang Lain Berjemaah
SOALAN: Apakah hukum kita bersolat secara bersendirian
sedangkan dalam pada waktu yang sama sedang berlangsungnya solat jemaah
di masjid atau surau yang sama? Adakah solatnya sah?
JAWAPAN: Ayuh kita lihat secara ringkas pandangan
mazhab berkaitan solat berjemaah ini. Mazhab Syafie mengatakan solat
jemaah itu dikira sebagai fardu kifayah. Sebagai contoh jika tidak ada
seorang pun yang melakukannya di dalam sesebuah kampung maka seluruh
kampung akan mendapat dosa.
Mazhab Hanbali pula mengatakan ia fardu ain dan wajib bagi muslim
kerana banyaknya dalil yang memerintahkan ia didirikan. Manakala Mazhab
Hanafi dan Maliki pula mengatakan ia dianggap sebagai sunnah muakkadah
(sunat yang dekat pada wajib). Adapun yang menyentuh syarat sah solat,
ada diantara ulama yang mengatakan syarat wajib berjemaah adalah syarat
sahnya solat. Sehinggakan mereka menganggap solat fardu itu tidak sah
jika tidak dilakukan dengan berjemaah.
Yang berpendapat seperti juga adalah Ibnu Taimiyah (dalam salah satu
pendapatnya, Majmu’ Fatawa, 23 : 333). Demikian juga Ibnu Qayyim, anak
muridnya. Termasuk Ibnu Aqil, Ibnu Abi Musa dan Mazhab Zhahiriyah
(al-Muhalla 4 : 265) serta ahli hadith seperti Abu Hasan al-Tamimi, Abu
al-Barakat dari kalangan Hanabilah dan juga Ibnu Khuzaimah. Antara dalil
yang digunakan mereka ialah : Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mendengar azan tapi tidak
mendatanginya, maka tidak ada lagi solat untuknya kecuali kerana uzur.”
(Riwayat Ibnu Majah 793, al-Daruquthni 1:420, Ibnu Hibban 2064 dan
al-Hakim 1:245)
Kesimpulannya, kepelbagaian pendapat adalah rahmat. Kita berhak
cenderung berpegang pada dalil yang kuat dan jauh lebih sesuai bagi
masyarakat umat Islam umumnya. Di samping tidak melupakan begitu
besarnya fadilat dan kelebihan serta sentiasa memelihara diri dalam
melakukan solat berjemaah sehari-hari. Wallahu a’lam
great sharing
BalasPadamrebut pahala yg banyak laa... jika keadaan mengizinkan
BalasPadam