FARDHU AIN: Solat Sendirian Sedang Orang Lain Berjemaah



prayer
SOALAN: Apakah hukum kita bersolat secara bersendirian sedangkan dalam pada waktu yang sama sedang berlangsungnya solat jemaah di masjid atau surau yang sama? Adakah solatnya sah?
 
JAWAPAN: Ayuh kita lihat secara ringkas pandangan mazhab berkaitan solat berjemaah ini. Mazhab Syafie mengatakan solat jemaah itu dikira sebagai fardu kifayah. Sebagai contoh jika tidak ada seorang pun yang melakukannya di dalam sesebuah kampung maka seluruh kampung akan mendapat dosa. 
 
Mazhab Hanbali pula mengatakan ia fardu ain dan wajib bagi muslim kerana banyaknya dalil yang memerintahkan ia didirikan. Manakala Mazhab Hanafi dan Maliki pula mengatakan ia dianggap sebagai sunnah muakkadah (sunat yang dekat pada wajib). Adapun yang menyentuh syarat sah solat, ada diantara ulama yang mengatakan syarat wajib berjemaah adalah syarat sahnya solat. Sehinggakan mereka menganggap solat fardu itu tidak sah jika tidak dilakukan dengan berjemaah. 
 
Yang berpendapat seperti juga adalah Ibnu Taimiyah (dalam salah satu pendapatnya, Majmu’ Fatawa, 23 : 333). Demikian juga Ibnu Qayyim, anak muridnya. Termasuk Ibnu Aqil, Ibnu Abi Musa dan Mazhab Zhahiriyah (al-Muhalla 4 : 265) serta ahli hadith seperti Abu Hasan al-Tamimi, Abu al-Barakat dari kalangan Hanabilah dan juga Ibnu Khuzaimah. Antara dalil yang digunakan mereka ialah : Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mendengar azan tapi tidak mendatanginya, maka tidak ada lagi solat untuknya kecuali kerana uzur.” (Riwayat Ibnu Majah 793, al-Daruquthni 1:420, Ibnu Hibban 2064 dan al-Hakim 1:245) 
 
Kesimpulannya, kepelbagaian pendapat adalah rahmat. Kita berhak cenderung berpegang pada dalil yang kuat dan jauh lebih sesuai bagi masyarakat umat Islam umumnya. Di samping tidak melupakan begitu besarnya fadilat dan kelebihan serta sentiasa memelihara diri dalam melakukan solat berjemaah sehari-hari. Wallahu a’lam

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular