Masuk Jawi,Berkhatan Atau Bersunat



"Kenduri dan khatam hari Jumaat tapi hari Isnin baru masuk Jawi." ibu ana memberitahu seseorang melalui telefon.

Masuk jawi? Agak lama tidak mendengar istilah tersebut. Apa maksud masuk jawi? Semasa ana masih di Kedah, istilah berkhatan amat asing. Yang kami tahu ialah bersunat atau masuk jawi.

Ketiga-tiga istilah tersebut merujuk pada satu ibadah iaitu lazimnya sekarang dikenali dengan amalan berkhatan.

Sebagaimana dialog awal tadi, ana telahpun mengadakan majlis khatam al-Quran untuk putera kami pada hari Jumaat. Proses berkhatan pula dilakukan pada pagi Isnin berikutnya . Alhamdulillah.

Selain kanak-kanak, 'masuk jawi' atau berkhatan juga perlu dijalani oleh seseorang yang baru memeluk Islam. Suatu ketika dulu seseorang yang memeluk Islam juga dikatakan 'masuk Melayu'. 

ana mulakan artikal ini dengan menyentuh istilah 'jawi' yang sering dikaitkan dengan sistem tulisan asal orang Melayu yang kini hampir pupus. 

ana bawa perkara ini adalah untuk kita melihat perkaitan antara Melayu dengan Islam. Maklumlah sejak kebelakangan ini kefahaman terhadap perkara ini sering dipolitikkan. Sehinggakan Sultan Selangor turut menegur penggunaan istilah Melayu-Islam yang menggambarkan seolah-olah ada Melayu-Islam dan ada Melayu-bukan-Islam!

Istilah 'masuk jawi' dan 'masuk Melayu' bagi melengkapkan 'keISLAMan' seseorang adalah persepsi betapa orang Melayu itu semestinya beragama Islam. Begitu juga dengan teguran baginda sultan itu menunjukkan tanggapan sejak zaman berzaman bahawa orang Melayu tentulah beragama Islam.

Jika sekadar, persepsi barangkali masih boleh dipertikaikan. Cuma Demang hairan, seolah-olah mereka yang mempersoalkan itu hidup tanpa emosi. Seolah-olah pada mereka, deria rasa sudah tidak perlu diambilkira.

Bukankah persepsi juga adalah sebahagian daripada kehidupan. Manusia sanggup mati demi mempertahankan sesuatu yang diyakini benar. Persepsi juga adalah satu kebenaran. Maka jika masyarakat sudah menerima bahawa setiap orang Melayu itu beragama Islam maka kenapa perlu dinafikan? Apa untungnya menolak tanggapan itu. Apa pula ruginya jika semua orang Melayu beragama Islam?

Jika anda masih mengatakan Melayu = Islam itu hanyalah persepsi, mari kita lihat pula faktanya. 

Pertama, Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002 mencatatkan bahawa 'Jawi' bermaksud Melayu. Maka masuk jawi bermaksud masuk Melayu adalah relevan. Satu lagi soalan: Adakah masuk jawi itu tuntutan adat atau tuntutan Islam?

Kedua, Perlembagaan.

Memang, orang Islam tidak semestinya orang Melayu. Namun semua rakyat Malaysia berketurunan Melayu adalah Islam. Orang Melayu dalam konteks negara Malaysia berada dalam satu pakej iaitu beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Bagaimana jika anda menemui sebuah 'keluarga Melayu' pada tahun 2020 yang tidak lagi mengamalkan adat Melayu dan jarang bertutur dalam bahasa Melayu? Adakah mereka masih kekal Melayu?

Ya. Mereka tetap Melayu kerana syarat yang termaktub dalam perlembagaan adalah bersempadankan tarikh 31 Ogos 1957. Definisi yang ditulis itu adalah bagi mengenalpasti rakyat yang ditakrifkan MELAYU mulai hari pertama kita merdeka.

Mari kita berimaginasi:

"Tuanku, sekalian rakyat sudah berkumpul di luar. Mereka mahu tahu, siapakah yang tuanku maksudkan dengan orang Melayu?" tanya bendahara.

"Kamu pergi periksa sekarang, barangsiapa yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu maka itulah orang Melayu. Bawa mereka ke dewan utama sekarang," titah sultan.

Kemudian sultan pun masuk ke dewan utama tersebut dan bertitah:
"Wahai rakyat beta sekalian. Mulai hari ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 maka kamu semua dan sekalian keturunan kamu sampai bila-bila pun adalah ORANG MELAYU."

Maka sahut sekalian yang hadir itu:

"Daulat Tuanku."

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular