Giveaway Redmoon Clothpad

klik banner kalau nak join

Giveaway ini akan berlangsung dari 1 September 2016 hingga 30 September 2016

HADIAH UNTUK PEMENANG

3 Pemenang Bertuah akan menerima 2 helai Light Pad Redmoon Clothpad bernilai RM39
RM10 x 2 Pemenang Bertuah

Apakah Pantyliner?
Pantyliner biasanya digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Pantyliner keluaran kami dipanggil Dry Flux adalah yang paling nipis dan saiz yang paling banyak digemari dari semua saiz yang ada. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah. Ciri-ciri yang dilengkapi dengan minky yang sangat lembut dan menyerap lembapan jauh dari kulit, di bahagian dalam pula dilapisi mikrofiber yang anti-bakteria sebagai lapisan penyerap dan lapisan Nilon bersalut PU yang bertindak sebagai kalis air. Pantyliner Dry Flux berukuran lebih besar dari pelapik biasa baik pakai buang mahupun pelapik kain di pasaran, ia juga lebih panjang dan meliputi bahagian sulit anda membuatkan ia lebih selesa.​


Apakah itu Pad Kain?

Pad kain adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin.

Adakah ia datang dalam saiz yang berbeza?

Sudah tentu! Snowdrop menghasilkan 4 saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan setiap aliran dari ringan hingga ke aliran yang sangat berat. Kesemuanya juga dilengkapi dengan 2 butang untuk kemudahan melaraskan lebar supaya ia sesuai dengan saiz pelvis setiap individu. Semua Pad Kain kami telah direkabentuk khas untuk meliputi seluar dalam tanpa mengerutkan seluar dalam, terutamanya di bahagian belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari. Dilengkapi dengan mikrofiber minky yang sangat lembut bersebelahan dengan kulit, ia terasa kering kerana minky menyerap lembapan jauh dari kulit dan kemudiannya diserap oleh lapisan penyerap mikrofiber yang anti-bakteria. Tidak seperti lapisan kalis air yang biasa digunakan dalam Pad kain lain di pasaran iaitu Poliester bersalut Polyurethane, kami menggunakan Nilon bersalut PU yang mempunyai perudaraan yang sangat baik bagi menyediakan aliran udara untuk rasa segar dan cepat kering.

 
Adakah ia tidak bau?

Anda akan terkejut bahawa darah anda tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan seperti yang anda fikirkan selama ini. Darah kita sememangnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain, contohnya seperti luka pada permukaan kulit. Darah boleh berubah bau yang busuk apabila terdedah pada udara pada waktu yang lama.

Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

Adakah pad kain bersih?

Sudah tentu! Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih dari pad pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Sama seperti seluar dalam dan pakaian lain. Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun tanpa risiko jangkitan. Malah kami telah pun menggunting pad kain yang telah dipakai selama 6 tahun dan lapisan dalaman pad masih putih seperti asalnya. Dengan syarat anda tahu cara mencucinya dengan betul (rujuk panduan cucian yang mudah)

Ia juga terbukti apabila anda tidak akan merasa gatal apabila menggunakan pad kain untuk jangka masa yang panjang, tidak seperti pad pakai buang anda akan merasa tidak selesa serta gatal jika digunakan pada jangka masa yang panjang kerana pad pakai buang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas; yang hanya dilunturkan warna sahaja, bukan steril dari kotoran kertas-kertas buangan, ia mengandungi kimia dan toksik yang merbahaya. Apabila kimia dan toksik ini bertindak balas dengan darah, ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita. Oleh sebab itu, banyak wanita yang hilang masalah keputihan atau beransur berkurangan apabila menggunakan pad kain sepenuhnya.


Bagaimana cara gunakannya?
Cara untuk menggunakan pad kain adalah hampir sama dengan bagaimana anda memakai pad pakai buang. Pastikan hujung yang lebih lebar pad menghadap ke belakang, balutkan sayap pad ke seluar dalam anda, dan butangkan kedua-dua belah sayap ke bawah. Permukaan yang lembut (kosong/polos) hendaklah sentiasa menyentuh bahagian peribadi anda, kapas yang bercorak dengan gelung riben harus menghadap ke bawah(tersembunyi di seluar dalam).

Kami mengesyorkan supaya  anda memakai seluar dalam kapas yang sesuai(tidak terlalu ketat, tetapi tidak terlalu longgar) semasa menggunakan pad kain, kerana ini akan membantu memastikan pad terletak setempat dan melekap rapat pada bahagian peribadi anda. Ia juga memastikan penyerapan maksimum dan mengelakkan darah anda daripada meleleh ke bahagian tepi. Perkara yang menarik tentang pad kain adalah tidak seperti pad pakai buang yang melekat di seluar dalam anda dan tidak boleh diubah apabila dilekatkan, anda boleh mengubah kedudukan pad ke hadapan atau ke belakang bila-bila masa sahaja untuk keselesaan maksimum.

Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?
Memilih saiz yang betul adalah tentang perlindungan dan aliran haid. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pelapik dengan panjang yang sama.
Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pantyliner sehingga ke pad kami adalah sama iaitu kira-kira 2.8 inci lebar di tengah apabila dibutangkan, walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada 3.2 inci untuk perlindungan yang lebih luas di bahagian tengah atau untuk seluar dalam yang lebih lebar atau besar.
Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz Maxi pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat sesuai untuk menggantikan pad malam dan saiz ini adalah yang paling digemari untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang berbadan agak besar dan juga untuk aliran berat pada siang hari. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk semalaman dan juga siang, pad Heavy Stream adalah pilihan yang tepat kerana ia lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.
Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya, pad Light Mist adalah untuk aliran ringan ke sederhana walaupun ia dipanggil 'Light' bermaksud ringan. Sama juga seperti Medium Dew, ianya sesuai untuk aliran sederhana ke berat tetapi dipanggil ‘Medium’ bermaksud sederhana, dan begitu juga bagi saiz lain. Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.
Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk anda.

Setiap wanita mempunyai aliran haid yang berbeza-beza dan sangat subjektif. Contohnya seorang wanita boleh menggunakan pad Medium Dew pada hari yang paling berat hanya dalam lingkungan 3-5 jam, ada juga wanita yang menggunakannya dari pagi hingga ke petang tanpa bocoran. Ada segelintir wanita yang hanya perlu menggunakan pad Light Mist saja untuk aliran yang paling berat untuknya dan Dry Flux Pantyliner utk aliran sederhana sehingga akhir haid. Jadi anda perlu cuba sendiri saiz-saiz yang ada sehingga anda tahu saiz mana yang paling sesuai untuk aliran anda sendiri. Anda juga harus mencuba sendiri berapa jam penggunaan yang paling selesa untuk anda bagi saiz yang bersesuaian.
Untuk pertama kali, kami sangat galakkan pakej basic kami yang merangkumi pelbagai saiz, dengan 2 Dry Flux pantyliner, 1 Pad Light Mist, 1 Pad Medium Dew dan 1 Pad Heavy Stream sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita mendapati bahawa mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja dan hanya menggunakan saiz tersebut sepanjang haid mereka. Ia menunjukkan paling penting untuk mengetahui aliran haid anda sendiri serta bila masa anda menggunakannya.

Ulasan

  1. singgah + follow

    https://belogs.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, miss oren datang dari segmen yang sama.
    Done singgah dan follow, good luck yea.

    https://dotdotmissme.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular