IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest


List Hotel


Sabah adalah destinasi impian ana untuk membawa anak-anak bercuti ke sana , insyaallah kalau ada rezeki..memandangkan Traveloka nak bagi tiket free segalanya mungkin menjadi impian kami sekeluarga.#MyTravelokaEscapade

Hasil carian imej untuk Sabah

Hai u all hampa taw dak Traveloka ni adalah satu WEBSITE untuk kita menempah tiket penerbangan serta bilik penginapan sekali jalan muahhaaah jimat masa u all taw..Traveloka ada buat satu contest untuk blogger dan yang tak ada blog pun boleh join. Traveloka nak bagi tiket flight ataupun kupon hotel free. best kan? kita boleh pilih nak kemana untuk 10 negara yang Traveloka senaraikan. antaranya:
1.EL NIDO
2.HONG KONG
3.LANGKAWI
4.BALI
5.LONDON
6.TOKYO
7.NEPAL
8.SABAH
9.MELBOURNE
10.SOUTH KOREA

Destinasi-destinasi ini dapat memberi peluang untuk kita melihat sendiri keindahan dan kecantikan yang terdapat di sana..dengan adanya Traveloka mungkin impian ke destinasi anda tercapai..#MyTravelokaEscapade


Kalaulah berpeluang menjejak kaki ke Sabah tempat yang ana dan sekeluarga ingin berkunjung adalah 

Hasil carian imej untuk Pulau Manukan, Sapi dan MamutikHasil carian imej untuk Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

1) Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.

Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. 
Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah
 pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar 
merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih... perghh..suka anak-anak dapat bermain pasir wow boleh buat mimpi dulu ooo..


Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point. 
Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana 
kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling
 set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka 
akan menjemput kita pulang.



Hasil carian imej untuk Tamu Gaya di Gaya StreetHasil carian imej untuk Tamu Gaya di Gaya Street

2) Tamu Gaya di Gaya Street.

Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia.
 Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan 
sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.kalaulah ke sini boleh rambang mata kan..macam-macam ada siap duit poket setebal yang mungkin..



Hasil carian imej untuk 3) Pasar FilipinaHasil carian imej untuk 3) Pasar Filipina

3) Pasar Filipina

Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. 
Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum 
di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita 
seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat 
yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.



Hasil carian imej untuk Signal Hill Observatory PlatformHasil carian imej untuk Signal Hill Observatory Platform

4) Signal Hill Observatory Platform

Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang
 sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit 
berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga. 



Hasil carian imej untuk Lok Kawi Wildlife ParkHasil carian imej untuk Lok Kawi Wildlife Park

5) Lok Kawi Wildlife Park

Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua
 komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman
 untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara
 binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet 
Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan
 juga beberapa spesis rusa.


Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak 
di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka 
berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita 
cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo?? hehe..



Hasil carian imej untuk Masjid LikasHasil carian imej untuk Masjid Likas

6) Masjid Likas

Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang
 sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan
 sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti 
yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.


Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di 
sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.




Hasil carian imej untuk Coral FlyerHasil carian imej untuk Coral Flyer


7) Coral Flyer

Ya Allah best nya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu...
 250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement,
 thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh..!


Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty.

Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/
Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO
 World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.

Hasil carian imej untuk 8) Rumah TerbalikHasil carian imej untuk 8) Rumah Terbalik


8) Rumah Terbalik

Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar 
jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang
 beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. 
Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.


Hasil carian imej untuk Kinabalu ParkHasil carian imej untuk Kinabalu Park

9) Kinabalu Park

Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking  bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu. Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa.


Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala.. paling jauh 1km je...

Hasil carian imej untuk Kundasang War Memorial.Hasil carian imej untuk Kundasang War Memorial.

10) Kundasang War Memorial.

Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.


Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.



Hasil carian imej untuk Desa Dairy FarmHasil carian imej untuk Desa Dairy FarmHasil carian imej untuk Desa Dairy Farm


11) Desa Dairy Farm

Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini jer... bukannya di New Zealand pun.


Jangan lepaskan peluang ke sini okay. Tak lengkap lawatan ke Kota Kinabalu tanpa ke Desa Dairy farm. Sila lihat gambar di sini dan di sini.

Hasil carian imej untuk Tagal Sungai Moroli di Kg LuantiHasil carian imej untuk Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti

12) Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti

Bermain dengan ikan sebesar betis. Tak nak cakap banyak, wajib pergi ! Sila lihat gambar di sini.


Hasil carian imej untuk Ladang Teh Sabah TeaHasil carian imej untuk Ladang Teh Sabah Tea

13) Ladang Teh Sabah Tea

Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.



So, ada 13 perkara yang buat ana teruja nak bawa anak-anak ke Sabah dan  nak sangat luangkan dan habiskan percutian ana kalau dapat ke Sabah!.. bagi ana jelajah ke negari orang adalah satu kepuasan dan dapat tengok budaya di tempat orang. Pengalaman itu mampu mencipta kenangan manis buat ana sekeluarga!



Dengan adanya traveloka.com.my ke mana saja kita boleh pergi..ia menjimatkan masa ,duit dan sebagainya..di taveloka telah menyediakan khidmat tambang sekali dengan hotel..jom kita booking dangan traveloka sekarang..Welcome 2017 untuk percutian akan datang..promosi MERECIK n KAW KAW boleh di dapati dengan menggunakan khidmat mereka ayuhh jangan ketinggalan sila lah klik di link di bawah untuk book tarikh dan masa anda..percutian yang murah mengembirakan
keluarga anda semua

Jimat perbelanjaan Jimat segalanya...


Hasil carian imej untuk traveloka promosi


#MyTravelokaEscapade



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest"

Semoga berjaya. Saya pun nak ke sabah. Nak ke pasar tamu dengan pasar filipine. Nak beli belah. Harap tu tercapai lah..

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top