Powered by Blogger.
Kurun Najwa728 x 90

GIVEAWAY SEPANJANG TAHUN

GIVEAWAY SEPANJANG TAHUN
Jom Join Macam-macam hadiah di tawarkan

Like N Share

Pau Bakar Yang Lagend

Image may contain: dessert and food  Hai u all korang besa dak makan kuih pau bakar nie..sedap wehhhni zaman sekolah dulu dapat beli yang ni buat bekal kenyang ooo hahhahha..rasanya yummy ja..

Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.
Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.
Asal masakan ini datangnya dari China.

Image may contain: food

jom kita kongsi sedikit resepinya..

Bahan-bahannya;

Untuk roti;
1 kg tepung gandum
2 sudu yeast mauripan- bancuh dengan air suam bersama-sama 7 sudu gula- biar hingga berbuih
7 sudu besar minya masak- saya guna minyak sayur
Air secukupnya
1 sudu teh garam.
Daun pisang untuk alas roti-basuh bersih dan gunting mengikut saiz roti yang akan dibentuk.

 Cara-caranya.
  1. Sediakan tepung ke dalam mangkuk besar.
  2. Bancuh garam dengan air hingga larut.
  3. Masukkan bahan yeast, air garam dan minyak ke dalam tepung.
  4. Uli sehingga adunan lembut dan tidak melekat di tangan,
  5. Biarkan hingga naik 2x ganda.
untuk intinya;
Saya gunakan inti kelapa dan caranya memang berbeza tapi saya harap anda cuba cara ini kerana rasanya akan lebih sedap berbanding inti yang dimasak terlebih dahulu.

Bahan-bahannya;
1 biji kelapa parut putih- lebih sedap kalau yang agak muda
1 sudu kecil garam
2 cawan gula- boleh kurangkan kpd 1 1/2 cawan.

Cara-caranya;
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Kacau tanpa henti untuk 10 minit sehingga gula cair dan kelapa jadi lembab dan bersinar.
  3. Simpan dalam peti sejuk, dan keluarkan sebaik sahaja hendak dimasukkan ke dalam adunan roti.
Langkah membentuk roti;
  1. Doh roti telah kembang 2 kali ganda.
  2. Sediakan alas daun pisang.
  3. Tidak perlu tumbuk adunan ttadi untuk keluarkan anginnya.
  4. Gunakan pisau, tarik dan potong doh secukunya untuk sebiji roti.
  5. Masukkan inti kelapa dan bungkus doh elok-elok- bentuk ikut suka.
  6. Letakkan di atas daun pisang yang telah disapu minyak. Biarkan sebentar sebelum dibakar.
  7. Bakar roti menggunakan api  grill atas bawah selama 8 minit ayau sehingga bahagian atas roti sedikit terbakar.(Saya guna microwave oven untuk grill api atas bawah)
  8. Siap.

27 comments:

  1. Nampak sedap. Boleh cuba resepi ni kalau2 teringin nak makan pau nnt. Screenshot dkt phone siap2 senang

    ReplyDelete
  2. Suka juga makan pau bakar nih , sedap gila kalau duibakar mengunakan arang. PAdahal sama je bakar masuk oven hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup ka nak menunggu bakar pakai arang takut terhangit ja nnt hahahha

      Delete
  3. boleh buat jual ni... Frozen kan pastu jual... tentu laku...

    ReplyDelete
  4. Nak try lah weekend nie. Tak pernah buat lagi pau bakar

    ReplyDelete
  5. nanti bila-bila boleh la cuba buat jgk..ada resepi ni..hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah tahu boleh buat pau bakar. nak try buat juga la

    ReplyDelete
  7. Nampak pun sedap.. boleh try ni.

    ReplyDelete
  8. Terima ksih berkongsi resepi. Nak cuba jugaklah nanti

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak pau ni..lapar pulak jadinya

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagu cuba pau bakar. Menarik ni & kena cuba!

    ReplyDelete
  11. Pau bakar ruby tak berapa suka. Sebab suka pau lembut tu. Tapi bleh cuba nanti. Asalkan inti dia BBQ chicken. Hahha

    ReplyDelete
  12. Pau bakar ni boleh pakai inti lain ke selain kelapa? Ke memang kelapa je yang sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh nak pakai inti kacang parpu pun bolehh

      Delete
  13. Nampak banyak sedap.. no wonder it's pau bakar yang legend..

    ReplyDelete
  14. Rawlins nak share kat adik Rawlins la sebab dia rajin bab-bab sebegini. Lazat plak tu!

    ReplyDelete
  15. 1st time juga dengar pasal pau bakar nie... macam xpernah jumpa je... T-T

    ReplyDelete
  16. sedapnya tengok pau bakar ni. rasa nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  17. Hi dear adna, menariknya pau ni. Kita paling suka pau kari daging! Haaaaa,sedap! hehe...

    ReplyDelete
  18. Bestnya Bonde suka makan pau, ada resepi tu bolehlah try buat nanti!

    ReplyDelete
  19. Kita suka kuih ni...tak tau pulak nama dia pau bakar..kalau kt sni chinese pnggil kuih tambun kalau xsilap

    ReplyDelete
  20. Macam kenai ja pic pertama kt atas tu?

    ReplyDelete

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',