Layak Di Beri PHD Dalam Penyusuan




Hai sahabat ana..hihii serius la kalau kita dalam belajar ambik masa 6 tahun jugakan untuk dapat PHD ni..bukan Perasaan hasad dengki taw..eii eii tak mau tak mau hahhaha..(Doctor of Philosophy ) la tapi ni kalau ana belajar la kat mana-mana universiti..tp dalam penyusuan ibu2 pun boleh dapat juga taw gelaran ni hahhahhaa..jom kita kaji peringkat by peringkat dalam penyusuan ibu..


0-6 bulan - sijil
6-12 bulan -diploma
1-2 tahun-ijazah
2-3 tahun -master
3-4 tahun - Phd


sebenarnya  semua yang di atas hanya untuk bagi semangat kat diri sendiri ja..hihii tapi ana ana anak yang ke 3 si aisy aqram now usianya 2 thn 6 bulan memang menyusu full BF huhuu kesian ke anak no 4  si afiq adha now usianya 6 bulan terpaksa di berinya susu botol..sebab si abg tu payah sungguh la nak bg berhentinya dah mcm2 ana letak semuanya tak jalan..hanya berdoa sahaja lah supaya susu ni sentiasa ada buat mereka berdua..

banyak juga kebaikan pada diri ni kalau kita bagi anak-anak menyusu badan antaranya :

Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.

Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan)

Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.


Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.



Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar. 
  
Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 


Ulasan



Catatan Popular