Harga Jauh Berbeza Membeli Blouse Di Nile Berbanding Lazada

Harga Jauh Berbeza Membeli Blouse Di Nile Berbanding Lazada hai apa khabar sahabat alam maya ana sihat ker korang salam 10 syawal sekejap ja dah nak masuk 2 minggu dah cepat terasa masa bergerak kan..u all ada dak terasa masa bergerak sepantas sangat..huhuu kalau tak rasa u all tak ingat nak mati latu hahhahha..:)

how perayaan korang ok ka..ana biasa2 ja gambar pun tak di ambil sangat sebabnya beraya di rumah ibu mertua..suam-suam mcm tu la gayanya...menangis tepi bahu anak sat sob2 sobb...

sebenarnya ana nak kongsi ni sebab tgk ramai sangat syok bershopping online baru ni ana suka2 la nak compare harga baju blouse yang terjual di LAZADA dan NILE..sebabnya barang yang sama tapi harganya berbeza2..jom kita usya tgk barang apa yang ana maksudkan tu huhuu..


ni la barangnya kalau di NILE harga nya baru RM37 tapi kalau di LAZADA RM47.90 banyak juga la bezanya kan uhuhuhuu..

itulah pentingnya kita sebagai pembeli kena bijak untuk mencari barang keperluan seperti pakaian di laman website yg ada untuk kita compare  harga barang sebelum kita rasa nak membuat pembayaran..kadang-kadang kita rasa dah murah dah dekat website tu,,tapi ada lg murah di website yang lain..

jom baca tip2 membeli online


  1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
  2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
  3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
  5. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
  6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
  7. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
  8. Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
  9. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
  10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
  11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
  12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
  13. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
  14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
  15. Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
  16. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
  17. Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
  18. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
  19. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
  20. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
  21. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
  22. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
  23. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  24. Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
  25. Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
  26. Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
  27. Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
  28. Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
  29. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
  30. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.

Ulasan

  1. Memang nile harga lebih murah. And kita kena selalu tgk harga dekat semua website utk bandingkan :)

    https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/ending-rahsia-hati-perempuan-spoiler.html

    BalasPadam
  2. itula kena rajin compare juga kan.. tapi kalo baju memang kena beli sendiri tengok material dan jahitan. tak berani beli online unless brand yang da tahu..

    BalasPadam
  3. tips terbaek :)

    jemput singgah entry terkini ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2018/06/nak-cari-sponsor-segmen.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular