Powered by Blogger.
Kurun Najwa728 x 90

Berdoa Di Pagi Yang Hening Dan Suram

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
 Hasil carian imej untuk doa pagi

"Ya Allah! Ya Tuhan kami,
Pada pagi hari ini, kami bersyukur kepadaMu kerana telah memberikan kesihatan sehingga kami dapat berkumpul kembali dan bekerja untuk meneruskan kehidupan kami mencari rezeki buat keluarga kami. Ampunilah dosa kami, dosa kedua orang tua kami, dan dosa saudara-saudara serta para pemimpin kami. Berikanlah kami kebijaksanaan untuk kami senitiasa belajar daripada kesalahan yang telah kami lakukan pada masa lalu. Bimbinglah kami agar terhindar dari melakukan kesalahan pada masa depan. Peliharalah kami dari godaan untuk melakukan perbuatan-perbutan yang tercela dalam pekerjaan kami di mana akhirnya akan merugikan jabatan tempat kami berkhidmat ini, negara, diri kami sendiri serta keluarga kami.

Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk supaya kami mendapatkan peluang yang membawa kepada kejayaan. Kembangkanlah kreativiti kami untuk berinovasi demi keunggulan jabatan dan perkhidmatan awam. Dan pertajamlah akal dan minda kami agar mampu mengambil keputusan yang tepat daripada keputusan yang salah. Kurniakanlah kami kemudahan dan kejayaan dalam pekerjaan kami demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Kuatkanlah jiwa dan raga kami agar kami mampu bekerja semaksima yang kami mampu untuk memberikan yang terbaik kepada jabatan ini.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Lapangkanlah hati kami agar ikhlas menerima perkara-perkara yang mendatang dan ikhlas setulusnya dalam melayani para pelanggan kami. Tingkatkanlah semangat kami kami agar kami bermotivati dalam melaksanakan kerja bekerja kami. Jadikanlah fikiran kami agar sentiada optimis dan perteguhkanlah mental kami agar menjadi pribadi yang pantang menyerah. Terimalah kerja kami sebagai bentuk amal ibadah kami bagi-Mu.


اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3 comments:

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',