IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Amalan Semasa Mengandung Beri Kesan Pada Anak?

Semasa hamil, Puan Y mengamalkan Surah Yassin, hasilnya anak keduanya samat patuh, mendengar kata, mudah diasuh, soleh…
Suami Puan S telah membunuh seekor monyet semasa Puan S sedang hamil anak ketiga. Lalu lahirlah anak ketiganya dalam keadaan seperti monyet, berkepala jendul dan berlagak monyet. Anak itu dikatakan terkena kenan monyet.
Puan X amat tidak suka pada jirannya yang berbangsa Afrika, terutama sewaktu beliau mengandung. Sering dikata jirannya itu sebagai ‘Si Hitam’. Akhirnya anaknya lahir berkulit gelap seperti Negro.
Puan M mengamalkan minuman soya semasa mengandung. Anaknya lahir sangat putih kulitnya, berbanding puan M dan suaminya yang agak gelap.
Sebagai surirumah, Puan Z seringkali menyiang ikan, memotong pokok bunga dan pelbagai kerja rumah. Anaknya lahir dengan keadaan sumbing bibirnya.
Biasa dengan benda2 semacam di atas?
Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Lalu anak jadi begini begini. Terutama bab yang buruk2. Benarkah adanya kenan?
Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara2 yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, kenan Ultraman (lawak la ni) dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.
Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot):
  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk suami pun ada juga.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.
Mungkin ada yang benar2 terjadi, namun saya percaya itu cuma kebetulan. Perlakuan2 di atas memang biasa kita buat hari2. Macam saya masak di rumah, semasa mengandung ke tak ke.. saya akan siang ikan, potong ayam segala… alhamdulillah Hafiy lahir sempurna, tapi bila Fahry lahir dengan sedikit kelebihan, adakah sebab2 saya potong potong tu? Tentunya tidak. Kalaula andainya Fahry juga lahir sempurna pasti tak ada perkaitan pun dengan aktiviti potong memotong, bukan?
Orang dulu-dulu pun, kebanyakan orang lelaki suka memburu binatang. Atau paling tak pun makan ayam sembelih sendiri… tiba2 dapat anak cacat, barula dikaitkan dengan adegan2 membunuh, memotong binatang segala. Make sense kan?
Mana mungkin anak2 yang lahir sempurna ni, mak2 dia tak penah masak masa mengandung kan?
Lainlah kalau perkara tu memang pelik untuk dibuat, contohnya kalau bapa mendaki Gunung Everest semasa isteri mengandung, anak akan jadi bentuk bersegi2 macam Gunung Everest. Tak ada kan? Semua benda2 pantang larang tu adalah benda2 yang biasa… jadi memang tak hairanlah kalau ia terjadi & orang dulu2 kaitkan la dengan potong binatang la, pukul binatang la… Mentang2 kalau anak tu lahir kurang anggota, so terus la dia relate dengan “Ni la akibat kau potong ayam masa mengandung dulu tengok anak kau kudung”, padahal dia yang kerja sebagai pemotong ayam di pasar tak ada problem pun.
Amalan membaca al-Quran dan surah tertentu menjadikan anak soleh, bijak dan sebagainya? Saya percaya ini adalah perkara long term. Bila ibu bapa mengambil berat soal penerapan nilai agama dari dalam kandungan, dah pasti dia akan teruskan bila anak dah lahir dan membesar. Tak mungkin ibu tu cuma mengaji masa mengandung je tapi bila anak dah lahir dia buat tak tau je kan? Haruslah didikan yang diberi pun yang terbaik.
Mendidik anak-anak memang satu proses yang bukan overnight. Ia bermula sejak kita memilih pasangan lagi. Kerana itu perkahwinan itu adalah atas dasar memilih, bukan main taram aje sesapa yang datang ajak kahwin.
Permulaan yang baik, insya-Allah akan mempunyai pengakhiran yang baik juga.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Amalan Semasa Mengandung Beri Kesan Pada Anak?"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top