IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia Anda Hamil?


Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? 

Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, bukan di luar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga bahaya!)

fetus  dalam 
rahim

Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.

fetus yang gugur

Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.
Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.

Cegah Kecacatan bayi !

bayi yang mengalami kecacatan

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Doa setiap masa:
‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’.
‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.
Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
 Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.
Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.

Anak pintar.


Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak.
Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

Memilih tarikh lahir bayi
Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini munkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.

Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.
Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia Anda Hamil?"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top