IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Cinta 20sen [2013] - Razali Aripin & Izyan Halim





















Kisah benar seorang ahli SAYS* bernama Razali yang telah memenangi
hati gadis impiannya. Razali yang tinggal di Kuala Lumpur dan aktif
dengan SAYS sejak tahun 2010. Ada cerita yang menarik tentang beliau
ini.




Pada April tahun lepas, SAYS telah mendapat banyak maklum
balas daripada ahli-ahlinya dan salah satu daripada mereka telah menarik
perhatian orang-orang di SAYS. Maklum balas tersebut datang daripada
beliau yang bernama Razali.



Razali berkongsi pengalamannya bersama SAYS dan berkata
beliau telah membuat keputusan untuk mengumpul pendapatan SAYSnya untuk
membeli cincin pertunangan untuk gadis yang dicintai (bakal isterinya).



First Testimonial of Razali

Beberapa bulan selepas maklum balas tersebut, Razali telah
menulis kepada SAYS sekali lagi untuk menjemput menghadiri majlis
perkahwinannya di Kuala Ketil, Kedah. Loh Ji Yuan, wakil daripada SAYS
telah mengembara dari pejabat SAYS di Petaling Jaya ke Kedah untuk
menghadiri majlis tersebut, dan bertemu dengan Razali buat kali pertama.



First Testimonial of Razali

Ketika di majlisnya, Razali bercerita dengan Loh Ji Yuan
bahawa beliau dan isterinya, Izyan telah diperkenalkan oleh isteri rakan
baiknya yang pada masa itu berkawan dengan ibu Izyan. Hampir setahun
mereka berkenalan, dan berhubung melalui Facebook dan Yahoo Messenger.
Mereka akhirnya membuat keputusan untuk berumahtangga.



Kata Razali, beliau mula menggunakan SAYS hanya untuk
mengisi masa lapang. Tetapi lama kelamaan setelah membuat cash out untuk
menebus pendapatan SAYSnya, beliau telah membuat keputusan untuk
mengumpul pendapatan SAYS beliau untuk membelikan cincin pertunangannya.




Kami masih lagi ingat, beliau berkata, “Saya saja nak
gunakan duit SAYS tu, benda tu daripada satu klik 20 sen, macam ada satu
‘effort’”, dan beliau sambung berkata, “Boleh je beli dengan duit gaji
income, tapi orang kata ‘value’ dia tu lebih”.



Dengan itu, Razali dan Izyan telah selamat diijab Kabul.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Cinta 20sen [2013] - Razali Aripin & Izyan Halim"

I always spent my half an hour to read this
weblog's articles or reviews all the time along with a cup of coffee.


my site - kitchen exhaust hood (list.Ly)

sentimental valuenye tu yg 'mahal'.. congrats to them. ;)

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top