IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

bantulah melindungi masa depan anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberi kehidupan yang lebih sihat dan berilmu melalui kempen melindungi masa depan














http://ainul-alif.readthisstory.net/my-7871760
http://ainul-alif.readthisstory.net/my-7871760


Dettol, jenama yang dipercayai untuk perlindungan daripada jangkitan kuman, berusaha gigih meningkatkan pengalaman mandian harian dengan rangkaian gel mandian serta sabun buku yang bukan saja memberi keharuman menyegarkan, malah turut melindungi daripada kuman.

Menurut Pengurus Kanan Jenama Dettol, Malaysia & Singapore, Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd, Caroline Yap, berbanding masa lalu, mandian hari ini bukan saja membabitkan perlindungan daripada kuman, malah satu pengalaman harian untuk memanjakan diri.

Kini pengguna tidak lagi perlu memilih sama ada mendapatkan perlindungan daripada jangkitan kuman atau pengalaman mandian yang menyenangkan kerana dengan Dettol, mereka boleh menikmati kebaikan kedua-dua elemen itu.

Rangkaian gel mandian dan sabun buku unik Dettol kini dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan individu. Sama ada ia wangian menyegarkan menerusi varian segar, perlindungan daripada bau badan sepanjang hari melalui varian aktif atau rumusan pH seimbang dalam varian sensitif, rangkaian sabun buku dan gel mandian Dettol memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

“Kami sentiasa berusaha bagi memenuhi keperluan pelanggan. Pemahaman mengenai gaya hidup mereka membantu kami memberikan perkhidmatan terbaik dan mempertingkatkan produk kami. Rangkaian baru ini menawarkan pelbagai produk yang pasti menepati keperluan unik setiap pelanggan.

“Kami percaya wangian baru pilihan pelanggan akan menepati pelbagai gaya hidup dan kegemaran. Lebih daripada itu, kami berharap rangkaian baru Dettol ini akan meningkatkan pengalaman mandian harian pengguna,” katanya.

Selaras untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mantap, sabun buku dan gel mandian diperbaharui kini lebih ekonomi dan mudah dipegang bagi meningkatkan fungsi serta pengalaman pengguna.

Rangkaian baru sabun buku Dettol ditawarkan di semua farmasi dan pasar raya terkemuka pada harga runcit RM6.25 (Pek 3 kali sabun buku 70 gram) dan RM8.20 (Pek 3 kali sabun buku 120 gram).

Gel mandian baru ini berharga RM8.50 bagi 250 mililiter (ml), RM18.50 (625 ml), RM19.90 (950 ml) dan RM12.90 (pek isian semula 550 ml).
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk " bantulah melindungi masa depan anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberi kehidupan yang lebih sihat dan berilmu melalui kempen melindungi masa depan "

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top