Ectopic Pregnancy(tanda-tanda kehamilan luar rahim yang mungkin anda sedar atau tak sedar:)








1. bleeding

- tak banyak, tapi kerap...sehari mungkin akan guna 2 pads, pads mungkin tak penuh tapi tetap akan bleeding.

- bleeding sekejap datang sekejap pergi. seminggu datang seminggu tak ada.

- biasanya sebelum bleeding akan kerap sakit kat bawah perut.

- ada bau..macam period..tapi tak sekuat bau period.



2. sakit bawah perut

- nak kata cramp tak juga, nak kata sengugut tak juga. (sebab saya jarang sengugut sebelum ni)

- saya sakit bawah perut belah kanan. sakit di sekitar saluran tiub dan
ovari (sebab kedudukan rahim di tengah-tengah, tiub dan ovari di
bahagian tepi)

- sakit datang bila:

** saya duduk dalam tempoh yang lama

** travel jauh (masa ni letak kaki atas dashboard - untuk kurangkan kesakitan)

** pernah teringin sangat nak minum air sejuk (cold water), minum fresh orange, keesokkannya saya sakit kat tempat tersebut.

** pernah pekena tomyam, esoknya sakit kat situ

****kesimpulannya selepas tempoh berpantang 2 minggu lepas keguguran,
saya cuba itu-ini, kesannya sakit mencucuk kat bawah tu. anggapan saya
terkena 'bentan' mungkin salah. wallahualam.



3. demam

- saya pernah demam on-off

- itu pun saya ingatkan sebab saya tersalah 'pantang'

- demam malam dan tengahari. after tengahari ke isyak, demam saya kebah.

* boleh refer entry ni : klik sini



4. Scan rahim - kosong. (sehingga minggu keguguran -minggu ke5/6)

- Kalau korang ada alami no 1-3, dan korang hamil, tapi scan
kosong..better berhati-hati dan berwaspada. Jumpa doktor yang pakar.
Saya sarankan yang berada sekitar Ipoh ni, jumpa doktor anjalai,
hospital pantai ipoh :) minta nasihat dia.

- Saya faham, sesetengah orang tak nak fikir benda negatif bila mereka
mengandung. lagi-lagi yang first pregnancy nak ada anak pertama. Tapi
kita tak boleh lawan takdir.

- Kalau masih rasa kandungan selamat, apa kata ambil pendekatan
self-checkup. contoh minggu ke-4 dan ke-5 scan masih kosong. Doktor akan
mula syak ectopic, atau molar pregnancy. Doc akan request beta-hcg
iaitu check kandungan HCG dalam darah. Kebiasaannya untuk 2x. Hari
pertama dan Hari ketiga.

- Jika Level HCG dalam darah hari pertama 1500, hari ketiga (after 24hours), level HCG sepatutnya 2x ganda, iaitu 3000.

- Jika level hcg tak berganda, something goes wrong. Tambahan lagi, bila scan rahim, keputusannya tak nampak apa.

- Doktor akan request untuk d&c atau laparoscopy (ectopic pregnancy)

- Saya fikir, kalau korang dalam keadaan ni, korang masih yakin
kandungan korang normal, korang boleh request untuk check darah hari
kelima. Dengan doktor yang sama. Bayar sendirilah. murah sahaja. Kalau
progress baby development tak double. Mungkin benda tak sepatutnya
berlaku.

- Satu-satunya cara nak kesan kehamilan luar rahim adalah dengan tebuk (laparoscopy)



*5. Scan rahim - ada ketulan ganjil (sebulan lepas gugur / 2bulan lebih)

- Gynae scan melalui atas, ada ketulan ganjil di tube fallopio

- Scan bawah melalui vagina. Keputusan yang sama.

- Gynae masukkan jari di bawah, dan akan gerakkan jarinya ke tempat
ketulan tersebut. Jika sakit, memang ada sesuatu yang tak sepatutnya.
Memang sakit kat situ :)





Penjagaan selepas melalui pembedahan kehamilan luar rahim.





ibaratnya macam ni luka tebuknya.
saya ditebuk sebelah kiri perut dan pusat- tapi ektopik di sebelah tube kanan.
so kiri kanan tengah perut kena jaga ;)


Selepas bedah, biasanya doktor bagi minum air sedikit demi sedikit. Masa
tu suami saya sudukan air sahaja. Bila dah boleh telan banyak dan tak
mamai, baru dia berani berikan saya straw untuk minum banyak sedikit.

Bila dah tak muntah, saya diberikan makan. Makanan selepas bedah yang diberikan oleh pihak hospital sungguh menyelerakan..hehe

Antara makanan hospital yang saya dapat:

- bubur nasi berperisa

- sup air ayam - ala-ala tomyam ayam tapi tak pedas sangat

- sup fish ball

- sup ikan (masak singgang / pendang)

- sayur mayur

- buah tembikai susu, tembikai, pisang

- air teh'o, teh, barli, air kosong

- biskut kosong + jem strawberry



Dan makanan berpantang saya untuk dua minggu yang disediakan oleh mak, after warded:

- bubur nasi kosong

- ikan selar dibakar dengan blackpepper

- selepas 3-4 hari dapat makan ikan selar yang dikukus asalkan ada
kuah/sup untuk dihirup. Mak campurkan halia, orange, lada hitam, bawang
(selepas diminta..hehe)

- air teh, milo, air kosong/suam (air lain tak dibenarkan)

- buah limau je boleh makan

- roti

- biskut weetameal jacobs

- pati ikan haruan (harwany, polleney) setiap hari satu kotak -pagi

- jeli gamat (luxor), 1 sudu setiap malam



selepas dua minggu, mak pun balik kampung dah, saya cuba makanan lain:

- tomyam

- telur ayam

*selepas makan telur mata ayam yang digoreng saya rasa badan saya
gatal-gatal. Tak pasti gatal sebab berpeluh akibat cuaca yang panas dan
meruap, dan saya sentiasa baring, atau gatal sebab makan telur

*esokkan masih cuba makan telur dadar. Resultnya: Boleh makan. dah tak gatal-gatal badan.

- ayam

- buat kuah singgang ikan

- pernah order air carrot susu. sebab rasa badan lemah tak bermaya, tak
ada vitamin dalam badan. supposedly saya kena amalkan pil vitamin dari
awal, tapi entah macamana tak pernah pula request nak beli dan makan.

kesan minum carrot susu, rasa berdenyut kat bahagian tiub yang dipotong.
berdenyut macam kena cubit.. selang 2-3 minit..nyet..nyet.. ;)

- masih ambil pati ikan haruan dan jeli gamat setiap hari



kredit to suteraungu87 :)
gulai singgang


Alhamdulillah, luka luar dah nampak kering dan sembuh. Luka dalam, wallahualam saya tak tahu keadaan macamana.



-3-4 hari (minggu pertama) selepas selepas bedah;

* nak bangun susah. So saya pastikan kalau nak ke tandas, nak makan, nak
minum, nak mandi: saya buat dalam keadaan serentak dan selari. Jadi,
saya tak perlu baring dan bangun berulang kali, sebab kesannya pada luka
tersebut.

* tak letak sebarang ubat sapu kat luka di perut, takut effect pada luka

* lepas mandi, saya akan lap cepat-cepat di bahagian luka/jahitan.
kemudian anginkan dengan kipas angin bagi kering. sama juga yang kat
pusat. make sure kering sekering-keringnya. Saya dah mula mandi masa
hari pertama lepas bedah! ;) saya alirkan sahaja air. Sebenarnya boleh
mandi. Tapi jangan beria. Doktor beritahu saya, tak ada masalah nak
mandi. Lagipun doktor ada spray kat bahagian tebuk tu kan, so benda yang
di spray kan tu ala-ala getah bagi elak air menyerap.

* jangan banyak gerak. rehat.

* sapu minyak urut burung unta. untuk legakan badan dari serangan angin.

* bleeding masih ada, tapi sangat sikit..setitik dua. Hari kedua dah stop spotting darah :)



minggu kedua:

* saya dah berjalan dengan laju (tanpa sedar) mak saya banyak kali tegur
kenapa jalan laju. I have no idea. saya tetap jalan macam tu. Dia risau
agaknya bahagian dalaman masih luka. :)

* boleh bangun duduk sendiri. Tapi tangan kiri saya yang drip masih
bengkak sebab saya gunakan tangan kiri untuk bertongkat bila bangun.

* tak boleh duduk dalam tempoh 30 minit sebab terasa sakit kat dalam. So, baring sahaja.

* masih sapu minyak burung unta.

* masih solat sambil duduk di atas kerusi



minggu ketiga:

* dah keluar rumah

* cuba drive kereta, tapi tak tahan. so boleh dikatakan tak nak drive lagi. badan tak mampu ;)

* mula aktiviti jaga pokok. bagi suami siram pokok.

* mula masak sendiri nasi dan sup ikan. itu je yang mampu sebab
campak-campak je bahan. Tapi sangat geram dan mula marah bilamana tengah
kupas bawang , kunyit, halia, boleh pulak dia jatuh ke lantai. Nak tak
nak kena bangun duduk untuk ambil. Kena beware sebab pergerakan tu boleh
effect luka dalam. T_T

* dah berani syampoo rambut, awal-awal dulu tak berani sebab duk bayang
bahan kimia dalam syampoo tu kuat, takut effect luka tebuk. hihi

* dah boleh duduk atas kerusi dalam tempoh yang lama juga. alhamdulillah :)

* masih pantang ais, dan makanan laut terutamanya udang. Makanan lain ada ambil tapi jarang-jarang dan kuantiti tak banyak.



Ok lah . itu sahaja. Share untuk diri sendiri dan pembaca yang lain.
Kalau boleh tak nak dah kena ectopic pregnancy ni lagi. Seriau dan
seram~ biarlah semuanya kembali normal..ameen :)





pstttttttttt:ana kongsi sebab ada kejadian berlaku di dlm base lumut semalam..kesian arwah meninggal dunia sebab tak tahu diri mengandung 4 bulan..puncanya tiub dia dh pecah..allahuakhbar..kesian kat anak2 dia yg kecil baru 1 tahun menpunyai 3 org anak.....umurnya baru 36 thn..al fatihah untuk arwah...

Ulasan

  1. Bagus info ana ni.. Byk yg saye pon tak tau pasal ni.. Bahaya jugak ye.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sudi share pengalaman awak ni..sekurang2nya sy blh brhati2 dn mengesan lbih awal jika ini brlaku pd sy.thanks again.

    BalasPadam
  3. Minggu ketiga ada rasa sakit lagi tak?..saya risau mcm x mampu lagi nak bekerja.kadang2 ada rasa sakit.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular