IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Tahukah Anda Rokok Kretek Seperti "Gudang Garam" Adalah Tidak Sah?



"Gudang Garam" adalah antara salah satu jenama rokok yang paling popular dikalangan perokok. Namun, adakah mereka tahu jenama rokok ini sebenarnya tidak sah?

Bukan sahaja "Gudang Garam", rokok kretek seperti "Djarum Super", "Luffman", "L.A", "Fisher", "Pine" dan lain-lain juga tidak sah

Apa yang menyebabkan jenama-jenama rokok kretek ini tidak sah?

1. Mempunyai kandungan tar melebihi 40mg dalam setiap batang rokok. Kandungan ini melebihi kadar maksimum yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 15mg sebatang.

2. Menteri Dari Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam Berkata Rokok Tidak Sah Juga Mengandungi Kandungan Bahan Kimia Yang Lebih Tinggi Seperti Arsenik Dan Kadmium

3. Selain itu, rokok kretek mengandungi tambahan bahan organik atau herba seperti kayu manis dan bunga cengkih yang boleh menyebabkan kanser, sakit jantung, angin ahmar dan penyakit mati pucuk

4. Sebuah kajian mendapati rokok kretek turut mengandungi najis manusia, bangkai lalat, kulat dan telur serangga yang berupaya merosakkan sistem saraf dalam badan manusia. Lebih teruk, ia boleh menyumbang kepada Nekrosis otak yang kronik.

5. Tiada amaran kesihatan bergambar tertera pada kotak rokok yang sememangnya tidak mematuhi undang-undang Kementerian Kesihatan

6. Dijual dalam pek yang mempunyai kurang daripada 20 batang rokok (12 batang dan 16 batang) yang juga melanggar undang-undang Kementerian Kesihatan

7. Harga jualan yang diletakkan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan rokok sah. Ia juga diletakkan di bawah harga minimum yang telah ditetapkan.


  • Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pihak yang ditangkap dan didapati bersalah menyeludup, mengedar, menjual, membeli atau memiliki rokok haram, bukan setakat denda.

8. Menyumbang kepada peningkatan jumlah perokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh harganya yang murah dan mudah didapatkan di pasaran

9. Kandungan tar dan bahan kimia lain yang berlebihan dalam rokok tidak sah akan menyebabkan perokok lebih cenderung kepada ketagihan

10. Rokok kretek dikilangkan di Indonesia dan dibawa masuk ke Malaysia melalui penyeludupan haram


  • Sebuah kilang di Taman Perindustrian Citra Buana di Indonesia mengeluarkan ribuan rokok haram setiap hari untuk dijual di Malaysia. 'Starprobe' mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7.

11. Sesetengah rokok tidak sah menggunakan alamat pengilang palsu dan nama-nama pengeluar yang tidak wujud


  • Bukan sahaja rokok dijual pada harga purata RM3.50, jauh di bawah harga yang diberi mandat RM7 bagi setiap pek bagi jenama berlesen, siasatan lebih dekat mendapati sesetengah rokok tidak sah mempunyai alamat palsu dan juga nama-nama pengeluar yang tidak wujud.

Jangan mudah terpedaya dengan jenama-jenama rokok kretek ini. Ia jelas melanggar undang-undang yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Sama-sama kita banteras penyeludupan rokok kretek ke dalam negara.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tahukah Anda Rokok Kretek Seperti "Gudang Garam" Adalah Tidak Sah?"

yes indeed it is, kandungan bahan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh membahayakan kesihatan... rokok sah pun macam tu, tapiii.... ini lebih cepat kesannya... ^_^

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top