Powered by Blogger.
Kurun Najwa728 x 90

Madah hari ini...



hari ini masih kuat dan gagah
mungkin esok nak bangun 
pun termengah-mengah

hari ini kalau tidak dibuat
suruhan allah
belum tentu esok ada lagi
peluang dari allah

hari ini ahli maksiat berasa 
bangga dan megah
esok hari mungkin menyesal
tak sudah-sudah

hari ini berpakaian baju dan jubah
mungkin esok hanya kain kafan 
yang tiada lagi gah

hari ini berpijak di atas tanah
boleh jadi esok sudah jadi
penghuni dalam tanah

hari ini berkenderaan serba mewah
mungkin esok hanya da kereta jenazah

hari ini andai ada silap dan salah
jangan tunggu esok untuk istifar dan taubat

hari ini kita dalam taqdir allah
besok hari hanya dalam ilmu allah

hari ini kita berukhwah dari bermadah
semoga esok dikumpulkan bersama di jannah
allahuakbar....

2 comments:

  1. slm perkenalan kak..lya done follow cne.slm jumaat juga tq sudi melawat blog lya

    ReplyDelete

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',