IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Ibu Kau lah Jantung Hatiku

Screen Shot 2014-12-04 at 16.47.25

Haa ni biasa terjadi pada wanita-wanita yang baru berkahwin kurang dari tiga tahun. Sebelum bergelar ibu, punyalah cantik pasang badan dan melaram sampai sanggup bangun awal pagi untuk bersolek. Tapi, bila lahir je anak pertama, barang-barang make-up biasanya terbiar je bersusun atas meja solek.
Semuanya sebab perempuan dah tak ada masa untuk mencantikkan diri sambil terkejar-kejar menguruskan anak kecil. Bayangkan, nak keluar jumpa kawan-kawan pun kena rancang awal-awal sebab takut menganggu jadual harian seorang ibu.

Baru Aku Faham Kenapa Pakaian Ibu Koyak

Mother-shopping-with-her-child1

Sedih kan tengok mak kita jarang sekali tukar baju. Setiap kali keluar berjalan satu family, baju yang sama juga dipakai. Padahal, baju kita ni setiap bulan bertukar. Pernah terfikir tak kenapa mak sanggup beralah demi keperluan kita? Sebab ibu-ibu terpaksa tahan kemahuan mereka sendiri hanya untuk pastikan keperluan anak terjamin, duit yuran sekolah berbayar, insurans anak terjaga. Tak cukup besar lagi ke pengorbanan ibu?

Baru Aku Faham Kenapa Ibu Mengongkong

89696823

Ibu menyekat pergaulan kita bukan sengaja suka-suka. Ada sebabnya. Bila ibu tak bagi kita keluar pergi shopping mall lepas waktu sekolah atau berkawan dengan budak-budak jahat, janganlah kita anggap ibu seorang yang mengongkong. Esok bila korang dah berkahwin dan ada anak, baru tau macam mana susahnya nak mengawasi pergerakan anak dalam dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai kegiatan jenayah ni. Kalau boleh, ibu nak jadi orang terpenting yang melindungi korang selain polis.
Tapi sayangnya, bila dah terlampau dimanjakan, anak-anak semakin lupa diri dan seolah-olah lupa pengorbanan yang dibuat oleh ibu. Contohnya, ada yang tak ingat hari lahir ibu mereka tapi tarikh declare couple dengan pasangan sendiri tak pernah terlupa. Lagi satu, korang ada kira tak dalam sehari berapa kali korang call mak dan tanya dia dah makan atau belum? Sedangkan masa kita kecil, mak tak pernah terlewat seminit pun bagi kita makan.
Bagi ibu muda atau ibu yang sudah berpengalaman di luar sana, agak-agaknya situasi mana satu antara di atas yang lebih dekat dengan kehidupan anda? Kami percaya, mesti ramai ibu-ibu ikat perut dan menabung supaya hujung tahun dapat bawa anak bercuti.



Anda masih ada ibu yang sentiasa di sisi menemani siang dan malam? Seronok kan apabila setiap kali bangun pagi, sarapan dah tersedia, makan malam dah dimasak. Pakaian dibasuhkan setiap hari dan disidai, tinggal pakai je. Melipat baju pun kerja ibu. Itu bagi golongan yang tak mempunyai pembantu rumah.
Setiap insan bergelar ibu nampak je macam tak kisah nak melayan anak mereka kan, tapi bila kita semakin dewasa ni baru tahu kenapa mak kita sanggup sempurnakan keperluan orang lain dari dirinya sendiri. Kalau ada yang belum faham tu, meh baca kat bawah ni.

Baru Aku Faham Kenapa Ibu Sering Marah

mom-scolding
Biasalah, ibu selalunya lebih bising dari ayah. Bukan apa, naluri kerisauan ibu ni memang tinggi lebih-lebih lagi kalau anak balik lewat malam, ponteng sekolah, bercinta senyap-senyap dan sebaginya. Masa tu, kita rasa kita je yang betul dan nak memberontak bila dimarah, kan?
Tapi korang tau tak, bila tiba saatnya kita bergelar ibu, barulah kita faham kenapa mak-mak kita dulu pantang bila kita buat perkara tak senonoh. Sebab mereka prihatin. Iyalah, ibu mana yang nak tengok perkara buruk terjadi pada anaknya lepas menempuhi pelbagai cabaran semasa mengandungkan anaknya selama sembilan bulan.

Sertai peraduan!

Sempena kempen terbaru ini, kami berbesar hatinya mengajak anda untuk menyertai peraduan #staybeautifulmom yang dianjurkan oleh P&G dimana anda berpeluang  memenangi Jersey Knit dUCk scarf eksklusif rekaan Vivy Yusof bernilai RM120Klik sini untuk peraduan!
Anda juga boleh mendapatkan skarf edisi terhad daripada Vivy Yusof secara percuma dengan hanya membeli syampu dan perapi Pantene atau Head & Shoulders yang bernilai RM40 ke atas dari Tesco, Watsons, Mydin, Giant, Aeon, Aeon Big dan outlet utama yang berlainan.
Screen Shot 2014-12-04 at 16.44.19
Untuk maklumat lanjut, dapatkan informasi yang lebih jelas di #staybeautiful. Selamat mencuba! Dan kepada para ibu, jangan bersedih atau merasa penat dengan kehidupan anda sebab anda special and you deserve some ‘me’ time.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Ibu Kau lah Jantung Hatiku"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top