Ibu Kau lah Jantung Hatiku
Haa ni biasa terjadi pada wanita-wanita yang baru berkahwin kurang
dari tiga tahun. Sebelum bergelar ibu, punyalah cantik pasang badan dan
melaram sampai sanggup bangun awal pagi untuk bersolek. Tapi, bila lahir
je anak pertama, barang-barang make-up biasanya terbiar je bersusun atas meja solek.
Semuanya sebab perempuan dah tak ada masa untuk mencantikkan diri
sambil terkejar-kejar menguruskan anak kecil. Bayangkan, nak keluar
jumpa kawan-kawan pun kena rancang awal-awal sebab takut menganggu
jadual harian seorang ibu.
Baru Aku Faham Kenapa Pakaian Ibu Koyak
Sedih kan tengok mak kita jarang sekali tukar baju. Setiap kali
keluar berjalan satu family, baju yang sama juga dipakai. Padahal, baju
kita ni setiap bulan bertukar. Pernah terfikir tak kenapa mak sanggup
beralah demi keperluan kita? Sebab ibu-ibu terpaksa tahan kemahuan
mereka sendiri hanya untuk pastikan keperluan anak terjamin, duit yuran
sekolah berbayar, insurans anak terjaga. Tak cukup besar lagi ke
pengorbanan ibu?
Baru Aku Faham Kenapa Ibu Mengongkong
Ibu menyekat pergaulan kita bukan sengaja suka-suka. Ada sebabnya. Bila ibu tak bagi kita keluar pergi shopping mall
lepas waktu sekolah atau berkawan dengan budak-budak jahat, janganlah
kita anggap ibu seorang yang mengongkong. Esok bila korang dah berkahwin
dan ada anak, baru tau macam mana susahnya nak mengawasi pergerakan
anak dalam dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai kegiatan jenayah
ni. Kalau boleh, ibu nak jadi orang terpenting yang melindungi korang
selain polis.
Tapi sayangnya, bila dah terlampau dimanjakan, anak-anak semakin lupa
diri dan seolah-olah lupa pengorbanan yang dibuat oleh ibu. Contohnya,
ada yang tak ingat hari lahir ibu mereka tapi tarikh declare couple dengan pasangan sendiri tak pernah terlupa. Lagi satu, korang ada kira tak dalam sehari berapa kali korang call mak dan tanya dia dah makan atau belum? Sedangkan masa kita kecil, mak tak pernah terlewat seminit pun bagi kita makan.
Bagi ibu muda atau ibu yang sudah berpengalaman di luar sana,
agak-agaknya situasi mana satu antara di atas yang lebih dekat dengan
kehidupan anda? Kami percaya, mesti ramai ibu-ibu ikat perut dan
menabung supaya hujung tahun dapat bawa anak bercuti.
Anda masih ada ibu yang sentiasa di sisi menemani siang dan malam?
Seronok kan apabila setiap kali bangun pagi, sarapan dah tersedia, makan
malam dah dimasak. Pakaian dibasuhkan setiap hari dan disidai, tinggal
pakai je. Melipat baju pun kerja ibu. Itu bagi golongan yang tak
mempunyai pembantu rumah.
Setiap insan bergelar ibu nampak je macam tak kisah nak melayan anak
mereka kan, tapi bila kita semakin dewasa ni baru tahu kenapa mak kita
sanggup sempurnakan keperluan orang lain dari dirinya sendiri. Kalau ada
yang belum faham tu, meh baca kat bawah ni.
Baru Aku Faham Kenapa Ibu Sering Marah
Biasalah, ibu selalunya lebih bising dari ayah. Bukan apa, naluri kerisauan ibu ni memang tinggi lebih-lebih lagi kalau anak balik lewat malam, ponteng sekolah, bercinta senyap-senyap dan sebaginya. Masa tu, kita rasa kita je yang betul dan nak memberontak bila dimarah, kan?
Tapi korang tau tak, bila tiba saatnya kita bergelar ibu, barulah kita faham kenapa mak-mak kita dulu pantang bila kita buat perkara tak senonoh. Sebab mereka prihatin. Iyalah, ibu mana yang nak tengok perkara buruk terjadi pada anaknya lepas menempuhi pelbagai cabaran semasa mengandungkan anaknya selama sembilan bulan.
Sertai peraduan!
Sempena kempen terbaru ini, kami berbesar hatinya mengajak anda untuk menyertai peraduan #staybeautifulmom yang dianjurkan oleh P&G dimana anda berpeluang memenangi Jersey Knit dUCk scarf eksklusif rekaan Vivy Yusof bernilai RM120. Klik sini untuk peraduan!Anda juga boleh mendapatkan skarf edisi terhad daripada Vivy Yusof secara percuma dengan hanya membeli syampu dan perapi Pantene atau Head & Shoulders yang bernilai RM40 ke atas dari Tesco, Watsons, Mydin, Giant, Aeon, Aeon Big dan outlet utama yang berlainan.
Untuk maklumat lanjut, dapatkan informasi yang lebih jelas di #staybeautiful. Selamat mencuba! Dan kepada para ibu, jangan bersedih atau merasa penat dengan kehidupan anda sebab anda special and you deserve some ‘me’ time.
selamat pagi... singgah pagi isnin
BalasPadam