IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

“Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique

kebaya_giveaway_2016
klik banner kalau nak join ya

Keunikan Kebaya Nyonya

Potongannya yang pendek dihiasi dengan pelbagai corak bunga kerawang menyerlahkan keunikan pakaian tradisi baju kebaya Nyonya apa lagi dipakai si gadis manis.
Apabila dipadankan dengan kain batik sarung, kerongsang, kasut dan beg manik membuatkan mana-mana gadis yang memakainya tampak anggun dan pastinya semakin mencuri perhatian sesiapa yang memandang.
Inilah ciri-ciri tradisional baju kebaya bagi kaum Baba dan Nyonya di negeri melaka ini yang masih utuh dan tidak ditelan zaman.
Kebaya Nyonya berasal daripada baju cheongsam labuh kaum Cina dipotong pendek sehingga paras punggung dan dipakai oleh kaum Baba dan Nyonya sebagai baju harian mereka.
Begitupun, hanya mereka yang berusia 30 tahun ke atas sahaja yang memakai kebaya ini kerana sudah sedemikian adatnya selain penghormatan kepada mereka yang sudah berusia.
Di sinilah terciptanya nama kebaya Nyonya yang kini dipakai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun usia kerana keunikannya yang tersendiri.
Malah ia menjadi kebanggaan kepada si pemakai kerana mempunyai nilai yang tersendiri selain harganya yang agak mahal bersesuaian dengan kualiti dan kerawang yang disulam.
Pakar menjahit sulaman baju kebaya Nyonya, menyatakan bahawa, harga sehelai kebaya Nyonya terletak pada kualiti kain yang digunakan kerana sekiranya kain tidak berkualiti ia akan mudah koyak jika dijahit sulaman di atasnya.
Pernah juga sulaman yang dibuat tersilap corak lalu mencacatkan penampilan kain yang hendak dijadikan kebaya.
Walaupun hampir siap, sulaman harus dibuka semula untuk dijahit kembali dan keadaan ini amat rumit dan memakan masa.
''Orang dulu lebih suka menggunakan kain satin ataupun kain kapas kerana fabriknya lebih tebal daripada kain-kain biasa lagipun ia menyerap peluh,
, pelanggan zaman kini lebih suka menggunakan kain nipis dan jarang seperti kain kasa rubiah kerana lebih berkualiti mengikut harganya.
Manakala bagi sulaman pula katanya, ia akan lebih tinggi harganya sekiranya dijahit tangan berbanding menggunakan mesin kerana lebih halus dan sempurna jahitannya.
''Menjahit sulaman memerlukan ketelitian rapi supaya jahitan lebih kemas walaupun memakan masa yang agak lama tetapi paling penting seni tradisinya dapat dikekalkan keunikannya,'' kata Sherman.
Beliau berkata, terdapat empat teknik digunakan untuk membuat kerawang iaitu teknik cucuk api, cucuk elektrik, cucuk besi dan teknik sulaman goyang asli yang paling mendapat sambutan.
''Sulaman goyang asli sangat mahal harganya kerana sulaman di bahagian dalam kebaya sama coraknya dengan sulaman di bahagian luar membolehkan kedua-dua belah kain yang disulam itu digunakan

Sekiranya melihat rekaan sulaman di kedainya, kebanyakan berunsur flora dan fauna selain binatang seperti burung dan ikan emas.
Ia memerlukan masa satu hari sahaja untuk mencipta rekaan sulaman yang baru di mana kebanyakan rekaannya diilhamkan daripada kawasan sekitar nya
 selain kain dan sulaman, pilihan kombinasi warna benang juga sangat penting untuk dipadankan dengan warna kain kerana jika tersilap warna, rekaan sulaman tersebut tidak timbul dan kelam selain warnanya yang nampak serabut.
 setiap wanita yang ingin memakai kebaya Nyonya perlu pandai memilih warna dan sulaman yang bersesuai dengan tubuh mereka kerana jika tersilap pilih, ia akan mencacatkan penampilan.
''Bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang gemuk, mereka perlu memilih warna seperti merah cili, oren lemak ketam dan krim supaya nampak kurus dan bagi yang gemarkan warna hitam, mereka perlu memilih kerawang yang berwarna dan bukan warna hitam semata supaya lebih menarik perhatian.
''Mereka yang bertubuh kurus pula jangan memilih warna hitam kerana ia akan nampak lebih kurus dan perlu memilih warna yang lebih cerah seperti warna merah, oren dan kuning,'' katanya.
Selain warna baju, kain batik sarung yang dipadankan juga harus bersesuai dengan tubuh si pemakai.
''Jika kebaya Nyonya berwarna hitam dan oren, mereka perlu memilih kain batik sarung berwarna oren supaya penampilan mereka lebih terserlah dan nampak tinggi,'' katanya lagi.
Manakala warna coklat tidak sesuai untuk para remaja kerana tidak menyerlahkan penampilan mereka dan ia hanya sesuai untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Pemakaian kebaya Nyonya ini juga akan lebih berseri jika dikenakan dengan kerongsang berantai dan tali pinggang besi yang bercirikan pemakaian tradisonal.
Kain batik sarung juga tidak digalakkan untuk dijahit kerana tidak nampak cantik dan mereka yang memakainya perlu mengikatnya menggunakan tali pinggang besi agar lebih kemas.
Kebaya Nyonya Pink - KNP1066 (SulamTebal)Kebaya Nyonya Kuning - KNP1081

“Kepada sahabat blog ana jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi baju kebaya nyonya dan juga set kelengkapan baju kebaya, yang boleh anda perolehi di Izzlegacy Boutique. Butik nie ada menjual pelbagai koleksi baju kebaya nyonya dari size xs-size 6XL. . Butik ini terletak di The Atmosphere Seri Kembangan, anda semua boleh walk in kalau berdekatan di kawasan Lembah Klang boleh la singgah terus ke Izzlegacy Boutique.Cawangan terbaru mereka bakal beroperasi di Daerah Manjung Kalau tinggal jauh, jangan risau shoppinglah di hujung jari sebab boleh jugak beli secara online di 



website ecommerce Izzlegacy Boutique : http://www.izzlegacy.biz.

fb :Izzlegacy Boutique

instagram:izzlegacy_boutique



MUdah,Cepat serta Masa pun Jimat..

Baju kurung corak berbunga,
Merah menyala tudung baharu;
Bukan terkurung di sudut desa,
Tetapi dara diselubung malu.

Baju baharu lengan panjang,
Kebaya labuh kancing suasa;
Ibu menunggu si gadis pulang,
Bimbang sungguh hati merasa.

ana tag
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "“Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique"

Assalamualaikum, terima kasih kerana tag nama saya..insha allah,ada kelapangan saya akan join.. btw best of luck to you sis... =D

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top