IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Lepak di Muzium Kuala Kedah

thaipusam day/24.01.16 :lepak santai kami anak beranak di sana..muhahah KELUAR DARI RUMAH PUN DAH AGAK PETANG ya ..konon2 nak p tengok mata hari terbenam kehhkehh..rupanya macam tak best ja..hurmm tp alhamdulillah sampai juga ana ke sana pertama kali sebagai anak jati negeri kedah hahhaaa....umuq 32 baru merasa jejak kaki ke kuala kedah jgn xpercaya ya..sebab ana bukan kaki menerokai perjalanan..ni pun sebab ada anak2 semakin membesar ja..xnak kasi depa bosan..huhuu terjah juga la..


Fakta

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Muzium Kota Kuala Kedah
Latarbelakang
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Waktu Operasi

Sabtu - Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari 2.30 petang - 6.00 petang

Bayaran Masuk

Percuma

Pengangkutan

Pengunjung boleh menaiki Bas dari Alor Setar ke Kuala Kedah ataupun menaiki teksi dari Alor Setar atau Terminal feri Kuala Kedah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Lepak di Muzium Kuala Kedah"

Tak kemana pun cuti hujung minggu kali ni..

kampung suami kat kedah tapi tak pernah sampai ke sini.. hehehe..

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top