IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Anti Vaksin Mengundang Virus Difteria


Virus Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput (pseudomembrane) pada tonsilspharynx, dan/atau rongga hidung.[1] Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes) [2] dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). [3] Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriaebakteriagram-positif organisma anaerobik fakultative.[4]
Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–PertussisTetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Anti Vaksin Mengundang Virus Difteria"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top