IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

Setem Cukai Baru Gantikan Tanda Dakwat Keselamatan

Screen Shot 2016-08-09 at 6.00.53 PM

Perhatian buat semua warga Malaysia, sila ambil perhatian sebab ada pengumuman penting yang patut anda tahu mengenai penjualan dan cukai rokok.
Ada perubahan yang diperkenalkan?

Setem cukai baru gantikan tanda dakwat keselamatan?

Screen Shot 2016-08-09 at 6.02.20 PM
( Gambar menunjukkan tanda dakwat keselamatan yang lama)
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan kebolehkesanan (keupayaan melalui App Mobile imbas) sekali gus mengurangkan jenayah rokok seludup.
Screen Shot 2016-08-09 at 6.02.05 PM
( Gambar menunjukkan setem cukai baru yang lebih inovatif)
Namun begitu, anda perlu tahu langkah menukarkan tanda dakwat keselamatan dengan Setem Cukai baru adalah  berperingkat bermula Ogos 2016 sehingga 31 Mac 2017 sebelum semua rokok dilabelkan dengan setem baru ni.

Ooo baru tahu…

Screen Shot 2016-08-09 at 5.57.13 PM
( Setem cukai yang dilekat pada kotak rokok yang mempunyai pek keras )
So lepas ni jangan pura-pura tak tahu pula mengenai perubahan yang telah diambil oleh pihakJKDM terhadap pembaharuan penggunaan setem cukai baru pada kotak rokok tau.
Screen Shot 2016-08-09 at 5.57.32 PM
Setem cukai yang dilekat pada kotak rokok yang mempunyai pek lembut )

Imbas dan jadilah pengguna bijak…

Screen Shot 2016-08-09 at 5.55.56 PM
(Infografik : Langkah ringkas imbas kod bersiri)
Zaman dah moden jadi seiring dengan itu, JKDM juga mengambil pendekatan untuk meningkatkan tahap keselamatan menerusi aplikasi yang direka khas untuk mengimbas kod yang ada pada kotak rokok. Sesiapa sahaja boleh memuat turun App dan mengimbas kod Setem Cukai untuk mengesahkan kewujudan produk.
Untuk memuat turun App , anda boleh pergi ke Playstore atau iTunes dan cari ‘ JKDM2u ‘. Semua di hujung jari je sekarang ni, jadilah pengguna bijak.

Turut mendapat highlight daripada media tempatan

Screen Shot 2016-08-09 at 6.18.35 PM
(Gambar sekadar hiasan)
Juga mendapat perhatian di dada akhbar tempatan di bawah tajuk : Wajib tampal setem cukai rokok.
Mulai 1 Oktober ini, semua pengilang rokok tempatan wajib menampal setem cukai rokok pada kotak rokok mereka.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam kenyataan hari ini berkata, tempoh peralihan penggunaan setem cukai rokok akan dilakukan secara berperingkat bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Menurutnya, kotak-kotak rokok yang ditanda dengan cetakan dakwat keselamatan hanya dibenarkan berada di pasaran sehingga 31 Mac 2017 dan selepas tarikh itu, pihak pengilang hendaklah menarik balik semua kotak rokok yang belum dijual daripada pasaran.
“Sekiranya pihak pengilang gagal berbuat demikian, pihak jabatan boleh merampas rokok-rokok tersebut dan pengilang boleh disabitkan di bawah Seksyen 74, Akta Eksais 1976 dan Seksyen 89, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
“Tujuan penggunaan setem cukai rokok untuk rokok keluaran tempatan adalah bagi mematuhi standard antarabangsa dengan menggunakan setem cukai bagi tujuan kutipan duti eksais rokok.
“Ia juga dilaksana sebagai mematuhi garis panduan Rangka Kerja Konvenysen Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia di mana setem cukai rokok dilengkapi dengan keupayaan ‘Track and Trace’ agar rantaian bekalan tembakau boleh diawasi secara berkesan selain memelihara dan melindungi hasil negara,” katanya.

Salah tetap salah, denda harus diterima

tahanan
Selain menjadi pengguna yang bijak, anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket rokok seludup ni sebab tidak diketahui cara pembuatannya.
Laporkan kepada pihak JKDM dan mereka yang terlibat akan didakwa di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 atau Akta Eksais 1976. Nak tahu apa hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap pesalah? Klik sini.
Seterusnya, kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin melaporkan isu rokok yang dibeli tidak sah, sila hubungi talian hotline Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan segera di talian 1-800-88-8855
P/S: Kami bukan nak menggalakkan anda merokok, tapi pilihlah kehidupan yang lebih sihat. Anda mampu mengubahnya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Setem Cukai Baru Gantikan Tanda Dakwat Keselamatan"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top